Thursday, October 8, 2009

Sistem Sekolah Sedia Ada Dikekalkan 1Malaysia Ada Nilai Ekonomi Tinggi

oleh : Josieh Samam Juis

PARIS 5 Okt. - Jurang perpaduan nasional yang ketara di kalangan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya dapat diatasi jika sistem pembelajaran di SK lebih interaktif dan menarik minat ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, kerajaan tetap komited untuk mengekalkan sistem persekolahan sedia ada meskipun ada andaian ia boleh melebarkan lagi jurang antara kaum.
''Jika kita menentang pilihan yang ada yang diputuskan sejak merdeka, ia akan mengundang pecah belah. Ini adalah realiti, saya tidak yakin kita boleh lari dari realiti (dengan hanya membenarkan SK)," katanya pada sesi dialog dengan 450 pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pelajar yang mendakwa konsep 1Malaysia hanya laungan retorik kerana tidak mungkin ia tercapai berikutan wujud jurang atau pengasingan kaum di peringkat sekolah rendah lagi menerusi SK dan SJK. Sebab itu, tegas Perdana Menteri, komitmen untuk mengukuhkan SK harus melalui cabaran yang besar.
''Namun, kalau seseorang murid itu memperoleh kualiti pendidikan dan melalui lebih banyak interaksi dalam pembelajaran bahasa Inggeris, maka saya yakin ia mampu menjamin mengekalkan perpaduan nasional yang ada. - Utusan

Taufan Parma terus mengganas, sasaran baru Taiwan

oleh : Josieh Samam Juis

TAIPEI 5 Okt. - Taiwan telah memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari ini sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Pemindahan yang sesetengahnya dipaksa itu tertumpu di selatan Taiwan, kawasan yang musnah teruk akibat Taufan Morakot pada Ogos lalu, bimbang Taufan Parma akan membawa hujan lebat dan menyebabkan lereng-lerang gunung runtuh.
"Mereka yang dipindahkan ditempatkan di tempat perlindungan yang diatur oleh pejabat-pejabat perbandaran. Mereka semua selamat. "Tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya adalah tempoh yang kritikal. Kami akan meneliti berapa banyak hujan yang akan dibawa oleh Taufan Parma," kata pegawai Suruhanjaya Perlindungan, Pencegahan dan Bencana, Andrew Cheng kepada AFP.

Lebih 3,000 penduduk di daerah Pingtung, selatan Taiwan dan kebanyakan 2,000 penduduk di daerah kejiranan Kaohsiung telah meninggalkan kediaman mereka, sementara selebihnya adalah dari bahagian timur Taiwan iaitu dari daerah Yilam, Hualien dan Taitung.
Taufan Parma dilaporkan berada 250 kilometer dari barat laut Oluanpi, bahagian paling selatan Taiwan pada pukul 9.15 pagi (waktu sama dengan Malaysia) dan terus menuju ke Bashi Channel iaitu pemisah antara Taiwan dan Filipina. Tiupan angin dilaporkan selaju 126 kilometer sejam, menurun daripada 155 kilometer sejam semalam.
"Ekoran kekuatan Parma yang berkurangan, ia mungkin menyebabkan lebih banyak berlakunya hujan lebat di negara ini terutamanya di bahagian timur," kata seorang pegawai Biro Pusat Kaji Cuaca, Hsieh Ming-chang. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Tahukah Anda?

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Sebagai pelajar Komunikasi (Sekolah Sains Sosial), anda tentu tidak pernah atau jarang mengunjungi blog Sekolah Sains Sosial kan?

Segala aktiviti kita dipaparkan dalam blog itu.

Tak percaya?.
Kunjungi blog ini dan lihat http://sssums.wordpress.com/

Ataupun, lihat saja gambar di bawah ni.

Di sini ada sedikit gambar yang telah diambil dari blog tersebut.

Gambar ini semasa bengkel perfileman yang dihadiri oleh pelajar komunikasi tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.

Yang ini pula adalah gambar perasmian kempen ' RM 1 Save The Live ', dianjurkan oleh pelajar komunikasi tahun 2, jalur Perhubungan Awam.



Klik gambar untuk imej besar. Jika masih kurang jelas, kunjungi lah blog SSS.

Monday, October 5, 2009

Bencana Alam + Kuasa Allah...

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

2004 - Gerun rasanya apabila megenangkan kembali peristiwa tsunami yang berlaku lima tahun yang lalu..

Kita dapat melihat kemusnahan alam dan kehilangan nyawa manusia disebabkan bencana ini.

Tangisan dan ratapan mengiringi kepergian mereka. Sejauhmanakah tragedi sebegini akan berakhir?. Kita tidak dapat menentukannya..Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Namun, adakah tragedi ini ada kaitannya dengan tingkah laku manusia itu sendiri??

Saksikanlah sedikit sedutan mengenai tsunami.








2009 - Ketika kita alpa dan lalai dengan kemewahan dan kesenangan dunia, terlupa seketika dengan betapa besar dan agungnya kebesaran-Mu ya Allah.

Adakah peristiwa lima tahun lalu akan berulang kembali??

Kejadian yang menimpa Filipina (Super Typhoon Parma), Padang Andalas, Indonesia (Gempa Bumi) dan Samoa Amerika (tsunami), baru-baru ini amat menakutkan.

Ramai mangsa yang terkorban. Adakah negara kita akan selamat dari bencana ini? Kita haruslah mengambil iktibar dan bersedia untuk menghadapi segalanya.

Hanya doa dan keredahan mu ya Allah tempat kami berlindung.

Hasil kutipan kerajaan pada kadar perlahan (EKONOMI)


KUTIPAN hasil Kerajaan Persekutuan tidak terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi semasa dan masih berada pada landasan untuk mencapai jumlah yang disasarkan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Beliau berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini masih berkembang, tetapi pada kadar lebih perlahan, iaitu 3.1 peratus berbanding 20 peratus tahun lalu. "Tidak dinafikan hasil Kerajaan Persekutuan tahun ini akan terjejas sedikit berikutan harga minyak dan komoditi yang lebih rendah berbanding tahun lalu.

"Namun, kerajaan telah mengambil langkah berhemah untuk menguruskan kos perbelanjaan awam, termasuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perbelanjaan menerusi tawaran tender mengikut bidaan berdaya saing; mengelakkan berbelanja tidak berhemah seperti mengurangkan perjalanan luar negara, menyusun semula jabatan, dan mengelakkan pengambilan kakitangan tidak diperlukan. "Kami juga berhemah ketika membuat perbelanjaan terhadap pembelian aset dan bekalan, utiliti, penyelenggaraan dan sewaan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, minggu lalu. Ahmad Husni berkata, kerajaan juga akan menguruskan kutipan cukai dengan baik menerusi kecekapan pentadbiran cukai, penyiasatan dan audit serta mengoptimumkan aset kerajaan, termasuk tanah, bangunan dan kemudahan.

"Saya yakin penyelarasan perbelanjaan dalam semua prospek hasil akan mendatangkan manfaat kepada kutipan hasil Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam," katanya. Mengenai langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelemahan kutipan cukai, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan pentadbiran cukai dan audit secara berterusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam. "Kami juga menyemak dasar dan insentif dan penghapusan cukai yang diberikan terhadap pelbagai sektor dalam ekonomi,” katanya. Mengenai sama ada kerajaan akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan perkara itu dan kini sedang mengendalikan kajian dari segi kesannya kepada sosial dan ekonomi.

Hasil Kerajaan Persekutuan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil bagi tahun ini dianggarkan berjumlah RM176.22 bilion. Tahun lalu, hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM15.116 bilion atau 10 peratus kepada RM161.558 bilion berbanding anggaran asal 2008 yang berjumlah RM146.442 bilion.
http://www.bharian.com.my
Oleh: Zainab bt Zulkifli

Sunday, October 4, 2009

Tragedi Bencana Alam



RUNTUHAN tanah membentuk cerun akibat gempa yang kuat melanda di Padang, Sumatera, Rabu lalu.

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 5.16 petang, 30 September lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung terbabit yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid yang menjadi struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan tanah gelungsur (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Menangani Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya yang dipetik detikcom, semalam.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mayat mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian sama apabila kebanyakan mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian selepas alat komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa, termasuk tentera di beberapa hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai 'menyengat' hidung.

oleh : Syazwana

http://www.bharian.com.my
04 oktober 2009

Friday, October 2, 2009

RM 1 Save The Life

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Perasmian kempen "Rm 1 Save The Live"
telah berlangsung di foyer perpustakaan UMS kelmarin bersamaan
01 October 2009, jam 3.00 petang.

Kempen ini dianjurkan oleh Program Komunikasi Jalur Perhubungan Awam di bawah pimpinan En. Moktharuddin Hj.Ahmad selaku pensyarah Perhubungan Awam ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial iaitu Dr. Ramzah Dambul.

"RM 1 Save The Live" bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Atas kerjasama dengan MAKNA wang pungutan derma akan di salurkan kepada Hospital Likas Kota Kinabalu, Sabah.

Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu di sekitar UMS dan kolej-kolej kediaman. Sambutan dan galakkan daripada anda semua adalah diharapkan untuk membantu insan yang lebih memerlukan perhatian daripada kita.

Kepada semua pelajar dan kakitangan UMS, anda dialu-alukan untuk menderma. Sama-samalah kita menjayakan kempen ini.

'Bantulah Mereka Yang Memerlukan'

Timbalan Dekan Dr. Ramzah Dambul merasmikan kempen RM 1 Save The Live.

Pensyarah program memberikan cenderahati ikhlas kepada perasmi kempen.



Derma anda mampu membantu insan yang lebih memerlukan. Sokonglah kempen ini..

Teka Teki

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jlnterhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,sungai apa yang paling berat?Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tukasut apa yang paling keras?Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggarseekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antarapasangan bercinta lerrr ..hehehehe

oleh;josieh samam juis

Wajib lulus bahasa Inggeris syarat untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

oleh: josieh samam juis

Wajib lulus bahasa Inggeris syarat untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), merupakan misi baharu Kementerian Pelajaran yang akan mewarnai persada institusi pendidikan negara. Usul ini telah dicadangkan oleh timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan sri Muhyiddin Yassin. Beliau mengumumkan usul beliau ini kepada media pada 7 Jun 2009 selepas keputusan kabinet dikeluarkan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Misi ini bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan serta memantapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga seorang tokoh negara yang berfikiran futuristik bersetuju dengan usul yang disuarakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Yakin dan berpandangan jauh, Tun percaya pelaksanan usul ini dalam peperiksaan awam mampu meningkatkan pengusaan dan memantapkan penggunaan bahasa Inggeris di samping memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar agar mampu bersaing dalam dunia pekerjaan era globalisasi. Hasil keputusan akhbar berita Harian online mendapati 78% beersetuju, 15% tidak dersetuju dan 5% tidak pasti dengan usul pelaksanaannya di peringkat peperiksaan SPM.

Kegagalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, antara sebab timbalan Perdana Menteri mengusulkan idea beliau untuk memastikan usaha kerajaan dalam membantu rakyat jelata menguasai bahasa asing ini agar mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar luar negara, supaya mereka tidak tertindas dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan supaya anak-anak watan tidak terus terperuk nun jauh di pedalaman dihimpit kemiskinan, dicalit kesusahan dan dibaluti dengan kekosongan minda. Lantaran itu, dengan menguasai bahasa Inggeris pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan yang sebahagian besarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Mereka mampu meloloskan diri daripada kepompong kemiskinan dan bangkit menjadi ilmuan dan cendiakawan negara yang boleh berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Berikut merupakan perisian yang dimuatkan dalam memastikan usaha Kementerian Pelajaran untuk mengimplimentasikan usul wajib lulus bahasa Inggeris sabagai syarat untuk memperolehi sijil di peringkat SPM seluruh negara berjaya mencapai misi. Antaranya ialah Kementerian Pelajaran akan menambah sejumlah 13,933 guru bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut 1000 guru dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Penambahan bilangan guru ini mampu menggalas tanggungjawab mendidik pelajar cara-cara menguasai bahasa Inggeris dengan betul.

Selain itu, kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris GD41 bagi kelas yang bersaiz besar yang pelajarnya melebihi 35 murid dalam tahun ssatu dan dua. Hal ini demikian, kerana guru penolong ini membantu dalam pembelajaran mereka di samping meningkatkan masa perhubungan antara guru dan murid. Peningkatan masa perhubungan dengan pelajar, guru mampu mengesan kesalahan, kelemahan dan kelebihan seseorang pelajar. Lantaran itu, guru akan membantu pelajar untuk memperbaiki kesalahan, dan kelemahannya sehingga pelajar tersebut benar-benar pandai.

Penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa Inggeris juga akan dilakukan di setiap sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran bahasa Inggeris lebih panjang. Masa pengajaran yang panjang akan membantu pelajar untuk mengasimilasikan dan mempraktikkan pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. Penambahan waktu bagi Sekolah Rendah Kebangsaan, tahap satu adalah sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu dan bagi tahap dua pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris akan ditambah dari 210 minit kepada 300 minit seminggu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) dan Tamil (SJKT) pula waktu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris ditambah 60 minit kepada 120 minit seminggu bagi tahap satu dan 90 minit kepada 120 minit seminggu bagi tahap dua. Bagi Sekolah Menengah pula, penambahan waktu adalah daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu. Malaysian English University Test (MUET) bagi pelajar tingkatan enam pula ditambah dari 320 minit kepada 400 minit satu minggu. Bagi pelajar matrikulasi pula waktu pengajaran dan pembelajaran akan ditambah 100% iaitu daripada 3jam kepada 6jam seminggu.

Selain itu, teknologi maklumat juga dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisisan komputer yang sesuai. Antaranya ialah projekter LCD, CD Rom dan banyak lagi. CD Rom akan digunakan untuk menyimpan silibus pelajaran, data-data pembelajaran, eksperimen dan banyak lagi. Hal ini bukan sahaja mengurangkan beban pelajar untuk membawa buku teks malah mereka boleh mengulangkaji pelajaran mereka dirumah. Aplikasi kecanggihan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memperkasakan bahasa Inggeris kepada pelajar dan juga kepada sistem pendidikan negara.

Di samping itu, makmal bahasa Inggeris juga akan diwujudkan di sekolah-sekolah. Makmal bahasa Inggeris ini akan menempatkan guru bahasa Inggeris, buku-buku cerita dalam bahasa Inggeris, kamus, komputer dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat memperbaiki penguasaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Inggeris juga dijalankan di makmal bahasa inggeris. Makmal ini juga memudahkan pelajar mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan dan membantu pelajar mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupan rutin mereka.

Wajib lulus bahasa Inggeris adalah kesinambungan kepada kegagalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Melihat kepada interaksi proses pelaksanaan kedua-dua misi ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua misi ini saling berhubungan dan adanya keserasian dalam objektifnya pelaksanaannya. Dimana kedua-dua misi ini menekan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemansuhan PPSMI selepas kajian 6 tahun terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, ekoran kegagalan untuk mencapai objektif kementerian Pelajaran bukanlah pengakhiran kepada usaha kementerian untuk memperkasakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan masyarakat negara ini.

Kegagalan PPSMI hanyalah disebabkan oleh sebahagian kecil masyarakat luar bandar yang ingin martabat bahasa Melayu terus diperlihara dan perubahan yang dibawa oleh kementerian pelajaran dalam masa yang singkat tidak mampu merubah mereka dalam suatu jangka masa yang singkat. Demikianlah pula halnya apabila perubahan untuk dua subjek dalam satu masa dilaksanakan. Alasan PPSMI menyusahkan pelajar boleh diterima pakai kerana penguasaan dalam kedua-dua subjek ini memerlukan pemahaman yang tinggi untuk mencapai konsep saintifik yang terdapat sains dan matematik itu sendiri adalah sukar.

Walau bagaimanapun, misi kementerian pelajar untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris tidaklah sesukar pelaksanaan PPSMI. Pelajar hanya belajar satu subjek dalam satu tempoh. Jika dahulu mereka dahulu mereka faham bahasa Inggeris, sepatutnya sekarang mereka lebih faham. Hal ini demikian kerana silibus dalam subjek bahasa Inggeris tidak diubah oleh kementerian, sebaliknya yang diubah adalah mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris hanya menekan kepada aspek grammar, vocabllary dan lain-lain Bahasa Inggeris tidak melibatkan konsep-konsep saintifik malah praktis yang banyak mampu membantu pelajar untuk menguasai bahasa asing ini. Bak kata pepatah melayu ”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Namun demikian usul Tan Sri Muhyiddin Yassin ini mempunyai pro dan kontra. Pro pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris adalah pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris yang disebut-sebut sebagai bahasa permodenan yang akan memastikan pelajar tidak cetek ilmu pengetahuan dari persada gelanggang pengetahuan yang merentasi global.

Barisan pembangkang sudah semestinya tidak senang dengan usul ini kerana bagi mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencerminkan kejelekannya untuk memperjuangkan sesuatu yang pasti akan gagal disaat rakyat menuntut pemansuhan PPSMI. Pembangkang lantang menyuarakan ketidak persetujuan kementerian Pelajaran mereka dalam pelaksanaan mewajibkan lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk mengimplimentasikan cadangan tersebut ekoran kos yang tinggi berikutan harga yang tinggi bagi pembelian barang-barang seperti komputer riba, perisian, projekter LCD, buku-buku dan sebagainya.


Selain itu, pelaksanaan menyukarkan pelajar luar bandar untuk menguasai pengajara dan pembelajaran dengan lebih sempurna dan berkesan. Hal ini demikian kerana, kawasan pedalaman tiada sistem pengangkutan jalan raya yang baik untuk menghantar bahan-bahan pengajaran ke pusat-pusat pendidikan. Jarak antara pedalaman dan pekan terlalu jauh dan memakan masa berhari-hari untuk sampai maka pengajaran dan pembelajaran akan terhenti sehingga barang tiba.

Aplikasi alat teknologi maklumat juga tidak membantu pelajar untuk meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris ekoran tiada sumber tenaga elektrik di kawasaan pedalaman. Keadaan ini amat menyukarkan guru-guru untuk menjalankan pengajaran. Di samping itu, persediaan guru bahasa Inggeris harus dititik beratkan. Guru-guru yang berkemahiran dan menguasai bahasa Inggeris haruslah dilatih. Kurang daya tahan ketika berada di pedalaman menyukarkan intipati ilmu pengetahuan yang diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran sampai kepada pelajar. Sebagai akibatnya pelajar luar bandar akan serba kekurangan dan mereka terus dihantui dengan kecetekan ilmu pengetahuan terutama dalam merealisasikan misi kementerian untuk memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kerana persekitaran yang tidak membantu mereka untuk memperolehi kemudahan yang sepatutnya mereka terima.

Di samping itu juga, pelaksanaannya akan membunuh semangat pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Melihat kepada senario hari ini, bilangan pelajar luar bandar yang lulus penuh bahasa Inggeris di peringkat SPM adalah sangat sedikit. Sekiranya peratusan kegagalan mereka dalam subjek bahasa Inggeris terus meningkat maka semakin kuranglah pelajar luar bandar dan berbangsa melayu yang cita-citanya terbantut inpak daripada kegagalan memperolehi sijil SPM. Walau bagaimana pun, Universiti Teknologi Mara (UITM) telah membuat analisis keseluruhan mahasiswa yang berbangsa Melayu yang telah gagal bahasa Inggeris di peringkat SPM mampu menguasai bahasa tersebut setelah menamatkan pengajian mereka di universiti, berikutan penekanan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.

Belum lagi selesai isu untuk mengimplimentasikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus timbul pula isu untuk mewajibkan sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus. Hal ini demikian kerana, sejarah melambangkan ketamadunan dunia dimana sejarah merintis kepada permodenan dan revolusi pendidikan. Kegagalan pelajar untuk menguasai mata pelajaran sejarah memperlihatkan pelajar masa kini tewas dalam era kejutan budaya barat. Ahli sejarah negara Dato Khoo Kai Kim mahukan mata pelajaran wajib lulus untuk mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan negara untuk memperjuangkan tanah air daripada penjajahan yang tidak berperikemanusiaan. Lantaran itu, dengan mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus akan mengingatkan pelajar agar tidak alpah dengan arus kemodenan dunia kerana kuasa barat akan terus menjajah negara-negara membangun bukan dengan taktik keganasan tetapi melalui pemikiran dan cara hidup. Walau bagaimana pun, kementerian pelajaran belum membuat keputusan akhir dan ianya masih diperingkat perbincangan.


Mengulas kepada cadangan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek bahasa Inggeris merupakan satu cadangan murni timbalan Pedana menteri, namun demikian sebelum sesuatu usul diimplimentasikan, kementerian seharusnya mengambil kira aspek perancangan yang teliti, modul pengajaran dan pembelajaran, tenaga kerja terlatih yang mencukupi, tahap pengguasaan guru terlatih dalam bahasa Inggeris, natijah pelaksanaan kepada semua pihak, bajet yang diperuntukkan, keupayaan dan penerimaan pelajar dan sebagainya. Keputusan yang diambil oleh kementerian Pelajaran seharusnya relevan dan rasional dengan senario pendidikan negara masa kini. Jangan disebabkan tingginya kuasa sesorang individu nasib para pelajar diperjudikan, yang menjadi mangsa kerakusan sesetengah indivudu yang berpengaruh. Bak kata pepatah melayu kerana nila setitik habis rosak susu satu belangga.

Sebagai kesimpulannya, perancangan yang lebih sistematik harus dilakukan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris sebagai syarat memperoleh sijil. Modul pembelajaran harus dikaji semula dan program khusus harus dijalankan diperingkat kanak-kanak lagi agar masa untuk menerima perubahan lebih lama dan mereka akan dapat berhubung terus kepada objektif sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan bahasa Inggeris pada masa hadapan. Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dusun Tatana, Kesenian & Kebudayaan Kuala Penyu

Kesenian & Kebudayaan Kuala Penyu

Adat istiadat suku kaum kadazan tatana daerah Kuala Penyu. Adat adalah satu adat turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat adat mestilah berterusab tidak putus-putus dari satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain adat dihormati dan diamalkan oleh suku kaum empunya adat. Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman keatas sesiapa yang melanggar adat. Disini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang amna dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazan Tatana Kuala Penyu.


Adat istiadat perkahwinan

Adat perkahwinan adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut:

Apabila seorang teruna ingin berkahwin maka dari pilihan itu adalah juga perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibubapa lelaki sebab merekalah yang akan mengatur segala persediaan perkahwinan anak mereka. Pertunangan dalam pertunangan biasanya seorang tua digunakan sebagai orang tengah dinamakan "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang kerumah perempuan biasanya dalam hari yang baik pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan masa bila "SUSURUAN" kembali ditentukan samaada penangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika penangan diterima maka "SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika pinangan ditolak maka makan dan minum tidak dilayankan.

Tarikh pertunangan

Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua pihak. mereka memilih hari yang baik untuk bertunang, seperti hari-hari yang bukan bikangan ganjil dan juga dalam bulan yang baik.Perbelanjaan bertunang adalah memandangkan kedudukan keturunan siperempuan jika dia anak perempuan tua (sulung) dari orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat.Jika keturunan ibu perempuan ada permintaan kerbau waktu bertunang maka anaknya mesti menuntut sama.

Permintaan pertunangan adalah seperti:
1. Seekor kerbau atau babi
2. Kain sepasang
3. Sebentuk cincin emas
4. Gelang emas
5. Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
6. Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar

Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya sekiranya perempuan ingkar dari pertunangan mereka, maka dia didenda mengembalikan semua perbelanjaan waktu bertunang, jika lelaki ingkar maka belanja pertunangan dikira hangus.

Kotoliban/Sepangadak Sekiranya satu keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda berkahwin dahulu dari kakaknya maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" seperti berikut:
1. Dundung/sigar
2. Sira/baju
3. Gonob/sarung
4. Cincin emas sebentuk

Perbelanjaan Kahwin

Perbelanjaan perkahwinan diputuskan dalam perundingan permintaan waktu bertunang segala perbelanjaan mengikut persetujuan samaada perkahwinan dilangsung secara penuh istiadat ataupun secara sederhana, jika pihak perempuan dari golongan orang berkemampuan maka keluarganya memotong seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian, keluarganya memotong seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian ini dipanggil "BALUN" perbelanjaan perkahwinan tersebut ialah:
1. Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"
2. Satu pikul babi
3. Gelang emas atau rantai emas
4. Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit)
5. Wang Belanja dapur wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan

Perkahwinan

Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazan Tatana yang beragama Katholic dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN"."MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakanKOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk memotong kerbau "RINAMPUNG" serta memasak sebagaian dari daging kerbau untuk dihidang pada malam moginum.

Surat Kahwin

Oleh kerana berbagai kemanuan yang ada sekarang maka dalam hal surat kahwin adalah dibuat dihadapan pendaftaran perkahwinan. Selain dari itu surat kahwin boleh diatur dan dibuat dalam perkahwinan dikampong, asalkan ketua kampong dan pihak berkenaan ada hadir menyaksikan upacara perkahwinan itu. Mereka boleh menjadi saksi apabila mendaftar perkahwinan tersebut di pendaftar perkahwinan.

Suami Meninggal

Sekiranya suami meninggal dunia dan berian habis dijelaskan, pihak waris perempuan tidak boleh menuntut balik apapun waris kerana belum ada pencarian mereka berdua.Jika berian belum habis dijelaskan maka bakinya tidak boleh dituntut oleh pihak waris perempuan.

Isteri Meninggal

Sekiranya isteri meninggal swebarang berian tidak boleh dituntut balik oleh pihak lelaki walaupun belum mempunyai anak.Kalau mereka mempunyai anak, maka pencarian mereka berdua adalah hak dan dituntut oleh anak mereka. jika anak mereka masih kecil maka si isteri yang menuntut bagi pihak anak mereka.

Kahwin Nialap"NIALAP" adalah bererti seorang lelaki dan perempuan, atas suka sama suka berikutan pulang untuk tujuan berkumpul sebagai suami isteri tanpa bertunang. Mereka dikahwinkan dengan cepat dan ringkas. perbelanjaan seperti berikut:
1. Seekor kerbau
2. Seekor babi
3. Perbelanjaan untuk dapur yang sederhana.
4. Kahwin InuliKahwin "INULI" adalah silelaki pulang ke rumah siperempuan samada dia diterima atau tidak terpulang kepada siperempuan untuk mengambil keputusan.

Adat Basal

Adat "BASAL" adalah satu adat yang mempunyai tujuan untuk kebaikan dan kebersihan daerah/negeri. Perkara ini dilangsungkan secara besar-besaran. Ini memakan masa seminggu dan menggunakan sangat besar belanja. Apabila ada perkara ganjil berlaku di daerah/negeri, hujan pun tidak tentu serta buah-buahan dan tanaman tidak sempurna maka daerah/negeri itu perlu dibersihkan, supaya hidup manusia bersih dan sekeliling alam pun bersih. Keadaan kampung dalam negeri/daerah itupun aman dan damai.

Tujuan adat basal adalah untuk memulihkan rezeki rakyat, kedamaian/keamanan seluruh masyarakat.Bagunan tempat basal diadakan adalah tujuh bersambung dengan bendera didirikan. Ketuanya adalah ketua kampung dibantu oleh bomoh-bomoh dan orang ramai, seterusnya untuk membuat begitu banyak tugas untuk persediaan. Ketua kampung berhubung serta mengutip derma dari satu-satu kampung dan dibantu oleh Mahkamah Anak Negeri.Perbelanjaan untuk pesta tujuh hari itu:
1. Beras untuk tapai dan nasi pulut - 10 karung
2. Kerbau tujuh ekor
3. Kambing seekor warna hitam
4. Ayam hitam sunsang buluh seekor
5. Kunyit untuk mewarnakan beras kuning
6. Kain putih tujuh ela untuk dibuat bendera
7. Kayu cempadak
8. Sebatang pokok pinang
9. Kelapa tua untuk membuat nasi puluh dan santan daging kerbau.

Pasangan gongs untuk digunakan ialah:
1. 1 pasang sipir (taas)
2. 1 gendang

oleh:josieh samamjuis