Thursday, July 23, 2009

jauh bukan halangan

Tenom- Nun jauh di ceruk pedalaman negeri Sabah, dicalit sejuta kekurangan dalam pada mana pembangunan sedang rancak membangun di serata pelusuk negeri, namun itu bukan ukuran untuk anak-anak watan daerah Tenom untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa menggerah sekelumit kudrat.

Kemiskinan bukan wariasan dan juga bukan noktah untuk menggelapkan masa depan anak-anak, begitulah luahan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya seperti anak-anak di kawasan bandar. Berbekalkan kemahiran membaca. menulis dan mengira anak-anak watan ini gigih menuntut ilmu meskipun terpaksa meredah perjalanan kira-kira 30km untuk sampai ke sekolah.

Beratapan daun rumbia, berdindingkan kayu sudah cukup memedahi untuk anak-anak ini berteduh daripada panas dan hujan. Anak-anak ini juga terpaksa jarang-jarang pulang ke kampung halaman dab hanya pulang sekali sekala apabila menjelang cuti penggal persekolaham ekoran tambang yang tinggi oleh pemilik kenderaan pecun empat roda kepada mereka.

Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa golongan serba kekurangan tetapi bersemangat waja ini jauh lebih bijak menelusuri rencam kehidupan dan menghargai kepentingan ilmu berbanding mereka yang memiliki segala-galanya. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang perkhidmatan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan kerana masih ada anak-anak yang lebih memerlukannya.
oleh josieh

No comments:

Post a Comment