Thursday, October 8, 2009

Sistem Sekolah Sedia Ada Dikekalkan 1Malaysia Ada Nilai Ekonomi Tinggi

oleh : Josieh Samam Juis

PARIS 5 Okt. - Jurang perpaduan nasional yang ketara di kalangan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya dapat diatasi jika sistem pembelajaran di SK lebih interaktif dan menarik minat ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, kerajaan tetap komited untuk mengekalkan sistem persekolahan sedia ada meskipun ada andaian ia boleh melebarkan lagi jurang antara kaum.
''Jika kita menentang pilihan yang ada yang diputuskan sejak merdeka, ia akan mengundang pecah belah. Ini adalah realiti, saya tidak yakin kita boleh lari dari realiti (dengan hanya membenarkan SK)," katanya pada sesi dialog dengan 450 pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pelajar yang mendakwa konsep 1Malaysia hanya laungan retorik kerana tidak mungkin ia tercapai berikutan wujud jurang atau pengasingan kaum di peringkat sekolah rendah lagi menerusi SK dan SJK. Sebab itu, tegas Perdana Menteri, komitmen untuk mengukuhkan SK harus melalui cabaran yang besar.
''Namun, kalau seseorang murid itu memperoleh kualiti pendidikan dan melalui lebih banyak interaksi dalam pembelajaran bahasa Inggeris, maka saya yakin ia mampu menjamin mengekalkan perpaduan nasional yang ada. - Utusan

Taufan Parma terus mengganas, sasaran baru Taiwan

oleh : Josieh Samam Juis

TAIPEI 5 Okt. - Taiwan telah memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari ini sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Pemindahan yang sesetengahnya dipaksa itu tertumpu di selatan Taiwan, kawasan yang musnah teruk akibat Taufan Morakot pada Ogos lalu, bimbang Taufan Parma akan membawa hujan lebat dan menyebabkan lereng-lerang gunung runtuh.
"Mereka yang dipindahkan ditempatkan di tempat perlindungan yang diatur oleh pejabat-pejabat perbandaran. Mereka semua selamat. "Tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya adalah tempoh yang kritikal. Kami akan meneliti berapa banyak hujan yang akan dibawa oleh Taufan Parma," kata pegawai Suruhanjaya Perlindungan, Pencegahan dan Bencana, Andrew Cheng kepada AFP.

Lebih 3,000 penduduk di daerah Pingtung, selatan Taiwan dan kebanyakan 2,000 penduduk di daerah kejiranan Kaohsiung telah meninggalkan kediaman mereka, sementara selebihnya adalah dari bahagian timur Taiwan iaitu dari daerah Yilam, Hualien dan Taitung.
Taufan Parma dilaporkan berada 250 kilometer dari barat laut Oluanpi, bahagian paling selatan Taiwan pada pukul 9.15 pagi (waktu sama dengan Malaysia) dan terus menuju ke Bashi Channel iaitu pemisah antara Taiwan dan Filipina. Tiupan angin dilaporkan selaju 126 kilometer sejam, menurun daripada 155 kilometer sejam semalam.
"Ekoran kekuatan Parma yang berkurangan, ia mungkin menyebabkan lebih banyak berlakunya hujan lebat di negara ini terutamanya di bahagian timur," kata seorang pegawai Biro Pusat Kaji Cuaca, Hsieh Ming-chang. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Tahukah Anda?

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Sebagai pelajar Komunikasi (Sekolah Sains Sosial), anda tentu tidak pernah atau jarang mengunjungi blog Sekolah Sains Sosial kan?

Segala aktiviti kita dipaparkan dalam blog itu.

Tak percaya?.
Kunjungi blog ini dan lihat http://sssums.wordpress.com/

Ataupun, lihat saja gambar di bawah ni.

Di sini ada sedikit gambar yang telah diambil dari blog tersebut.

Gambar ini semasa bengkel perfileman yang dihadiri oleh pelajar komunikasi tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.

Yang ini pula adalah gambar perasmian kempen ' RM 1 Save The Live ', dianjurkan oleh pelajar komunikasi tahun 2, jalur Perhubungan Awam.



Klik gambar untuk imej besar. Jika masih kurang jelas, kunjungi lah blog SSS.

Monday, October 5, 2009

Bencana Alam + Kuasa Allah...

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

2004 - Gerun rasanya apabila megenangkan kembali peristiwa tsunami yang berlaku lima tahun yang lalu..

Kita dapat melihat kemusnahan alam dan kehilangan nyawa manusia disebabkan bencana ini.

Tangisan dan ratapan mengiringi kepergian mereka. Sejauhmanakah tragedi sebegini akan berakhir?. Kita tidak dapat menentukannya..Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Namun, adakah tragedi ini ada kaitannya dengan tingkah laku manusia itu sendiri??

Saksikanlah sedikit sedutan mengenai tsunami.








2009 - Ketika kita alpa dan lalai dengan kemewahan dan kesenangan dunia, terlupa seketika dengan betapa besar dan agungnya kebesaran-Mu ya Allah.

Adakah peristiwa lima tahun lalu akan berulang kembali??

Kejadian yang menimpa Filipina (Super Typhoon Parma), Padang Andalas, Indonesia (Gempa Bumi) dan Samoa Amerika (tsunami), baru-baru ini amat menakutkan.

Ramai mangsa yang terkorban. Adakah negara kita akan selamat dari bencana ini? Kita haruslah mengambil iktibar dan bersedia untuk menghadapi segalanya.

Hanya doa dan keredahan mu ya Allah tempat kami berlindung.

Hasil kutipan kerajaan pada kadar perlahan (EKONOMI)


KUTIPAN hasil Kerajaan Persekutuan tidak terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi semasa dan masih berada pada landasan untuk mencapai jumlah yang disasarkan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Beliau berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini masih berkembang, tetapi pada kadar lebih perlahan, iaitu 3.1 peratus berbanding 20 peratus tahun lalu. "Tidak dinafikan hasil Kerajaan Persekutuan tahun ini akan terjejas sedikit berikutan harga minyak dan komoditi yang lebih rendah berbanding tahun lalu.

"Namun, kerajaan telah mengambil langkah berhemah untuk menguruskan kos perbelanjaan awam, termasuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perbelanjaan menerusi tawaran tender mengikut bidaan berdaya saing; mengelakkan berbelanja tidak berhemah seperti mengurangkan perjalanan luar negara, menyusun semula jabatan, dan mengelakkan pengambilan kakitangan tidak diperlukan. "Kami juga berhemah ketika membuat perbelanjaan terhadap pembelian aset dan bekalan, utiliti, penyelenggaraan dan sewaan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, minggu lalu. Ahmad Husni berkata, kerajaan juga akan menguruskan kutipan cukai dengan baik menerusi kecekapan pentadbiran cukai, penyiasatan dan audit serta mengoptimumkan aset kerajaan, termasuk tanah, bangunan dan kemudahan.

"Saya yakin penyelarasan perbelanjaan dalam semua prospek hasil akan mendatangkan manfaat kepada kutipan hasil Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam," katanya. Mengenai langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelemahan kutipan cukai, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan pentadbiran cukai dan audit secara berterusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam. "Kami juga menyemak dasar dan insentif dan penghapusan cukai yang diberikan terhadap pelbagai sektor dalam ekonomi,” katanya. Mengenai sama ada kerajaan akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan perkara itu dan kini sedang mengendalikan kajian dari segi kesannya kepada sosial dan ekonomi.

Hasil Kerajaan Persekutuan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil bagi tahun ini dianggarkan berjumlah RM176.22 bilion. Tahun lalu, hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM15.116 bilion atau 10 peratus kepada RM161.558 bilion berbanding anggaran asal 2008 yang berjumlah RM146.442 bilion.
http://www.bharian.com.my
Oleh: Zainab bt Zulkifli

Sunday, October 4, 2009

Tragedi Bencana Alam



RUNTUHAN tanah membentuk cerun akibat gempa yang kuat melanda di Padang, Sumatera, Rabu lalu.

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 5.16 petang, 30 September lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung terbabit yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid yang menjadi struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan tanah gelungsur (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Menangani Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya yang dipetik detikcom, semalam.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mayat mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian sama apabila kebanyakan mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian selepas alat komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa, termasuk tentera di beberapa hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai 'menyengat' hidung.

oleh : Syazwana

http://www.bharian.com.my
04 oktober 2009

Friday, October 2, 2009

RM 1 Save The Life

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Perasmian kempen "Rm 1 Save The Live"
telah berlangsung di foyer perpustakaan UMS kelmarin bersamaan
01 October 2009, jam 3.00 petang.

Kempen ini dianjurkan oleh Program Komunikasi Jalur Perhubungan Awam di bawah pimpinan En. Moktharuddin Hj.Ahmad selaku pensyarah Perhubungan Awam ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial iaitu Dr. Ramzah Dambul.

"RM 1 Save The Live" bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Atas kerjasama dengan MAKNA wang pungutan derma akan di salurkan kepada Hospital Likas Kota Kinabalu, Sabah.

Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu di sekitar UMS dan kolej-kolej kediaman. Sambutan dan galakkan daripada anda semua adalah diharapkan untuk membantu insan yang lebih memerlukan perhatian daripada kita.

Kepada semua pelajar dan kakitangan UMS, anda dialu-alukan untuk menderma. Sama-samalah kita menjayakan kempen ini.

'Bantulah Mereka Yang Memerlukan'

Timbalan Dekan Dr. Ramzah Dambul merasmikan kempen RM 1 Save The Live.

Pensyarah program memberikan cenderahati ikhlas kepada perasmi kempen.



Derma anda mampu membantu insan yang lebih memerlukan. Sokonglah kempen ini..

Teka Teki

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jlnterhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,sungai apa yang paling berat?Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tukasut apa yang paling keras?Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggarseekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antarapasangan bercinta lerrr ..hehehehe

oleh;josieh samam juis

Wajib lulus bahasa Inggeris syarat untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

oleh: josieh samam juis

Wajib lulus bahasa Inggeris syarat untuk memperolehi sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), merupakan misi baharu Kementerian Pelajaran yang akan mewarnai persada institusi pendidikan negara. Usul ini telah dicadangkan oleh timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan sri Muhyiddin Yassin. Beliau mengumumkan usul beliau ini kepada media pada 7 Jun 2009 selepas keputusan kabinet dikeluarkan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Misi ini bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan serta memantapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga seorang tokoh negara yang berfikiran futuristik bersetuju dengan usul yang disuarakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Yakin dan berpandangan jauh, Tun percaya pelaksanan usul ini dalam peperiksaan awam mampu meningkatkan pengusaan dan memantapkan penggunaan bahasa Inggeris di samping memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar agar mampu bersaing dalam dunia pekerjaan era globalisasi. Hasil keputusan akhbar berita Harian online mendapati 78% beersetuju, 15% tidak dersetuju dan 5% tidak pasti dengan usul pelaksanaannya di peringkat peperiksaan SPM.

Kegagalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, antara sebab timbalan Perdana Menteri mengusulkan idea beliau untuk memastikan usaha kerajaan dalam membantu rakyat jelata menguasai bahasa asing ini agar mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar luar negara, supaya mereka tidak tertindas dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan supaya anak-anak watan tidak terus terperuk nun jauh di pedalaman dihimpit kemiskinan, dicalit kesusahan dan dibaluti dengan kekosongan minda. Lantaran itu, dengan menguasai bahasa Inggeris pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan yang sebahagian besarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Mereka mampu meloloskan diri daripada kepompong kemiskinan dan bangkit menjadi ilmuan dan cendiakawan negara yang boleh berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Berikut merupakan perisian yang dimuatkan dalam memastikan usaha Kementerian Pelajaran untuk mengimplimentasikan usul wajib lulus bahasa Inggeris sabagai syarat untuk memperolehi sijil di peringkat SPM seluruh negara berjaya mencapai misi. Antaranya ialah Kementerian Pelajaran akan menambah sejumlah 13,933 guru bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut 1000 guru dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Penambahan bilangan guru ini mampu menggalas tanggungjawab mendidik pelajar cara-cara menguasai bahasa Inggeris dengan betul.

Selain itu, kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris GD41 bagi kelas yang bersaiz besar yang pelajarnya melebihi 35 murid dalam tahun ssatu dan dua. Hal ini demikian, kerana guru penolong ini membantu dalam pembelajaran mereka di samping meningkatkan masa perhubungan antara guru dan murid. Peningkatan masa perhubungan dengan pelajar, guru mampu mengesan kesalahan, kelemahan dan kelebihan seseorang pelajar. Lantaran itu, guru akan membantu pelajar untuk memperbaiki kesalahan, dan kelemahannya sehingga pelajar tersebut benar-benar pandai.

Penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa Inggeris juga akan dilakukan di setiap sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan proses pembelajaran bahasa Inggeris lebih panjang. Masa pengajaran yang panjang akan membantu pelajar untuk mengasimilasikan dan mempraktikkan pembelajaran mereka dengan lebih berkesan. Penambahan waktu bagi Sekolah Rendah Kebangsaan, tahap satu adalah sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu dan bagi tahap dua pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris akan ditambah dari 210 minit kepada 300 minit seminggu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) dan Tamil (SJKT) pula waktu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris ditambah 60 minit kepada 120 minit seminggu bagi tahap satu dan 90 minit kepada 120 minit seminggu bagi tahap dua. Bagi Sekolah Menengah pula, penambahan waktu adalah daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu. Malaysian English University Test (MUET) bagi pelajar tingkatan enam pula ditambah dari 320 minit kepada 400 minit satu minggu. Bagi pelajar matrikulasi pula waktu pengajaran dan pembelajaran akan ditambah 100% iaitu daripada 3jam kepada 6jam seminggu.

Selain itu, teknologi maklumat juga dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisisan komputer yang sesuai. Antaranya ialah projekter LCD, CD Rom dan banyak lagi. CD Rom akan digunakan untuk menyimpan silibus pelajaran, data-data pembelajaran, eksperimen dan banyak lagi. Hal ini bukan sahaja mengurangkan beban pelajar untuk membawa buku teks malah mereka boleh mengulangkaji pelajaran mereka dirumah. Aplikasi kecanggihan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memperkasakan bahasa Inggeris kepada pelajar dan juga kepada sistem pendidikan negara.

Di samping itu, makmal bahasa Inggeris juga akan diwujudkan di sekolah-sekolah. Makmal bahasa Inggeris ini akan menempatkan guru bahasa Inggeris, buku-buku cerita dalam bahasa Inggeris, kamus, komputer dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat memperbaiki penguasaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Inggeris juga dijalankan di makmal bahasa inggeris. Makmal ini juga memudahkan pelajar mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan dan membantu pelajar mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupan rutin mereka.

Wajib lulus bahasa Inggeris adalah kesinambungan kepada kegagalan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Melihat kepada interaksi proses pelaksanaan kedua-dua misi ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua misi ini saling berhubungan dan adanya keserasian dalam objektifnya pelaksanaannya. Dimana kedua-dua misi ini menekan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemansuhan PPSMI selepas kajian 6 tahun terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, ekoran kegagalan untuk mencapai objektif kementerian Pelajaran bukanlah pengakhiran kepada usaha kementerian untuk memperkasakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan masyarakat negara ini.

Kegagalan PPSMI hanyalah disebabkan oleh sebahagian kecil masyarakat luar bandar yang ingin martabat bahasa Melayu terus diperlihara dan perubahan yang dibawa oleh kementerian pelajaran dalam masa yang singkat tidak mampu merubah mereka dalam suatu jangka masa yang singkat. Demikianlah pula halnya apabila perubahan untuk dua subjek dalam satu masa dilaksanakan. Alasan PPSMI menyusahkan pelajar boleh diterima pakai kerana penguasaan dalam kedua-dua subjek ini memerlukan pemahaman yang tinggi untuk mencapai konsep saintifik yang terdapat sains dan matematik itu sendiri adalah sukar.

Walau bagaimanapun, misi kementerian pelajar untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris tidaklah sesukar pelaksanaan PPSMI. Pelajar hanya belajar satu subjek dalam satu tempoh. Jika dahulu mereka dahulu mereka faham bahasa Inggeris, sepatutnya sekarang mereka lebih faham. Hal ini demikian kerana silibus dalam subjek bahasa Inggeris tidak diubah oleh kementerian, sebaliknya yang diubah adalah mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris hanya menekan kepada aspek grammar, vocabllary dan lain-lain Bahasa Inggeris tidak melibatkan konsep-konsep saintifik malah praktis yang banyak mampu membantu pelajar untuk menguasai bahasa asing ini. Bak kata pepatah melayu ”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Namun demikian usul Tan Sri Muhyiddin Yassin ini mempunyai pro dan kontra. Pro pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris adalah pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris yang disebut-sebut sebagai bahasa permodenan yang akan memastikan pelajar tidak cetek ilmu pengetahuan dari persada gelanggang pengetahuan yang merentasi global.

Barisan pembangkang sudah semestinya tidak senang dengan usul ini kerana bagi mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencerminkan kejelekannya untuk memperjuangkan sesuatu yang pasti akan gagal disaat rakyat menuntut pemansuhan PPSMI. Pembangkang lantang menyuarakan ketidak persetujuan kementerian Pelajaran mereka dalam pelaksanaan mewajibkan lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk mengimplimentasikan cadangan tersebut ekoran kos yang tinggi berikutan harga yang tinggi bagi pembelian barang-barang seperti komputer riba, perisian, projekter LCD, buku-buku dan sebagainya.


Selain itu, pelaksanaan menyukarkan pelajar luar bandar untuk menguasai pengajara dan pembelajaran dengan lebih sempurna dan berkesan. Hal ini demikian kerana, kawasan pedalaman tiada sistem pengangkutan jalan raya yang baik untuk menghantar bahan-bahan pengajaran ke pusat-pusat pendidikan. Jarak antara pedalaman dan pekan terlalu jauh dan memakan masa berhari-hari untuk sampai maka pengajaran dan pembelajaran akan terhenti sehingga barang tiba.

Aplikasi alat teknologi maklumat juga tidak membantu pelajar untuk meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris ekoran tiada sumber tenaga elektrik di kawasaan pedalaman. Keadaan ini amat menyukarkan guru-guru untuk menjalankan pengajaran. Di samping itu, persediaan guru bahasa Inggeris harus dititik beratkan. Guru-guru yang berkemahiran dan menguasai bahasa Inggeris haruslah dilatih. Kurang daya tahan ketika berada di pedalaman menyukarkan intipati ilmu pengetahuan yang diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran sampai kepada pelajar. Sebagai akibatnya pelajar luar bandar akan serba kekurangan dan mereka terus dihantui dengan kecetekan ilmu pengetahuan terutama dalam merealisasikan misi kementerian untuk memperkasa bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar kerana persekitaran yang tidak membantu mereka untuk memperolehi kemudahan yang sepatutnya mereka terima.

Di samping itu juga, pelaksanaannya akan membunuh semangat pelajar untuk terus melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Melihat kepada senario hari ini, bilangan pelajar luar bandar yang lulus penuh bahasa Inggeris di peringkat SPM adalah sangat sedikit. Sekiranya peratusan kegagalan mereka dalam subjek bahasa Inggeris terus meningkat maka semakin kuranglah pelajar luar bandar dan berbangsa melayu yang cita-citanya terbantut inpak daripada kegagalan memperolehi sijil SPM. Walau bagaimana pun, Universiti Teknologi Mara (UITM) telah membuat analisis keseluruhan mahasiswa yang berbangsa Melayu yang telah gagal bahasa Inggeris di peringkat SPM mampu menguasai bahasa tersebut setelah menamatkan pengajian mereka di universiti, berikutan penekanan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.

Belum lagi selesai isu untuk mengimplimentasikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus timbul pula isu untuk mewajibkan sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus. Hal ini demikian kerana, sejarah melambangkan ketamadunan dunia dimana sejarah merintis kepada permodenan dan revolusi pendidikan. Kegagalan pelajar untuk menguasai mata pelajaran sejarah memperlihatkan pelajar masa kini tewas dalam era kejutan budaya barat. Ahli sejarah negara Dato Khoo Kai Kim mahukan mata pelajaran wajib lulus untuk mengenang jasa dan pengorbanan pahlawan negara untuk memperjuangkan tanah air daripada penjajahan yang tidak berperikemanusiaan. Lantaran itu, dengan mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus akan mengingatkan pelajar agar tidak alpah dengan arus kemodenan dunia kerana kuasa barat akan terus menjajah negara-negara membangun bukan dengan taktik keganasan tetapi melalui pemikiran dan cara hidup. Walau bagaimana pun, kementerian pelajaran belum membuat keputusan akhir dan ianya masih diperingkat perbincangan.


Mengulas kepada cadangan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek bahasa Inggeris merupakan satu cadangan murni timbalan Pedana menteri, namun demikian sebelum sesuatu usul diimplimentasikan, kementerian seharusnya mengambil kira aspek perancangan yang teliti, modul pengajaran dan pembelajaran, tenaga kerja terlatih yang mencukupi, tahap pengguasaan guru terlatih dalam bahasa Inggeris, natijah pelaksanaan kepada semua pihak, bajet yang diperuntukkan, keupayaan dan penerimaan pelajar dan sebagainya. Keputusan yang diambil oleh kementerian Pelajaran seharusnya relevan dan rasional dengan senario pendidikan negara masa kini. Jangan disebabkan tingginya kuasa sesorang individu nasib para pelajar diperjudikan, yang menjadi mangsa kerakusan sesetengah indivudu yang berpengaruh. Bak kata pepatah melayu kerana nila setitik habis rosak susu satu belangga.

Sebagai kesimpulannya, perancangan yang lebih sistematik harus dilakukan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan wajib lulus bahasa Inggeris sebagai syarat memperoleh sijil. Modul pembelajaran harus dikaji semula dan program khusus harus dijalankan diperingkat kanak-kanak lagi agar masa untuk menerima perubahan lebih lama dan mereka akan dapat berhubung terus kepada objektif sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan bahasa Inggeris pada masa hadapan. Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dusun Tatana, Kesenian & Kebudayaan Kuala Penyu

Kesenian & Kebudayaan Kuala Penyu

Adat istiadat suku kaum kadazan tatana daerah Kuala Penyu. Adat adalah satu adat turun temurun tidak boleh direka-reka oleh masyarakat adat mestilah berterusab tidak putus-putus dari satu keturunan hingga kepada keturunan yang lain adat dihormati dan diamalkan oleh suku kaum empunya adat. Ketua adat mempunyai kuasa mengenakan hukuman keatas sesiapa yang melanggar adat. Disini dipaparkan sebahagian daripada adat istiadat suku kaum Tatana Daerah Kuala Penyu yang amna dipetik dari Titian Adat Istiadat Suku Kaum Kadazan Tatana Kuala Penyu.


Adat istiadat perkahwinan

Adat perkahwinan adalah mengikut tradisi dengan syarat-syarat seperti berikut:

Apabila seorang teruna ingin berkahwin maka dari pilihan itu adalah juga perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibubapa lelaki sebab merekalah yang akan mengatur segala persediaan perkahwinan anak mereka. Pertunangan dalam pertunangan biasanya seorang tua digunakan sebagai orang tengah dinamakan "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang kerumah perempuan biasanya dalam hari yang baik pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan masa bila "SUSURUAN" kembali ditentukan samaada penangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika penangan diterima maka "SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika pinangan ditolak maka makan dan minum tidak dilayankan.

Tarikh pertunangan

Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua pihak. mereka memilih hari yang baik untuk bertunang, seperti hari-hari yang bukan bikangan ganjil dan juga dalam bulan yang baik.Perbelanjaan bertunang adalah memandangkan kedudukan keturunan siperempuan jika dia anak perempuan tua (sulung) dari orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat.Jika keturunan ibu perempuan ada permintaan kerbau waktu bertunang maka anaknya mesti menuntut sama.

Permintaan pertunangan adalah seperti:
1. Seekor kerbau atau babi
2. Kain sepasang
3. Sebentuk cincin emas
4. Gelang emas
5. Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang patut)
6. Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar

Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya sekiranya perempuan ingkar dari pertunangan mereka, maka dia didenda mengembalikan semua perbelanjaan waktu bertunang, jika lelaki ingkar maka belanja pertunangan dikira hangus.

Kotoliban/Sepangadak Sekiranya satu keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda berkahwin dahulu dari kakaknya maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" seperti berikut:
1. Dundung/sigar
2. Sira/baju
3. Gonob/sarung
4. Cincin emas sebentuk

Perbelanjaan Kahwin

Perbelanjaan perkahwinan diputuskan dalam perundingan permintaan waktu bertunang segala perbelanjaan mengikut persetujuan samaada perkahwinan dilangsung secara penuh istiadat ataupun secara sederhana, jika pihak perempuan dari golongan orang berkemampuan maka keluarganya memotong seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian, keluarganya memotong seekor kerbau sebagai menambah kerbau pemberian ini dipanggil "BALUN" perbelanjaan perkahwinan tersebut ialah:
1. Seekor kerbau besar "RINAMPUNG"
2. Satu pikul babi
3. Gelang emas atau rantai emas
4. Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit)
5. Wang Belanja dapur wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan

Perkahwinan

Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazan Tatana yang beragama Katholic dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN"."MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakanKOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk memotong kerbau "RINAMPUNG" serta memasak sebagaian dari daging kerbau untuk dihidang pada malam moginum.

Surat Kahwin

Oleh kerana berbagai kemanuan yang ada sekarang maka dalam hal surat kahwin adalah dibuat dihadapan pendaftaran perkahwinan. Selain dari itu surat kahwin boleh diatur dan dibuat dalam perkahwinan dikampong, asalkan ketua kampong dan pihak berkenaan ada hadir menyaksikan upacara perkahwinan itu. Mereka boleh menjadi saksi apabila mendaftar perkahwinan tersebut di pendaftar perkahwinan.

Suami Meninggal

Sekiranya suami meninggal dunia dan berian habis dijelaskan, pihak waris perempuan tidak boleh menuntut balik apapun waris kerana belum ada pencarian mereka berdua.Jika berian belum habis dijelaskan maka bakinya tidak boleh dituntut oleh pihak waris perempuan.

Isteri Meninggal

Sekiranya isteri meninggal swebarang berian tidak boleh dituntut balik oleh pihak lelaki walaupun belum mempunyai anak.Kalau mereka mempunyai anak, maka pencarian mereka berdua adalah hak dan dituntut oleh anak mereka. jika anak mereka masih kecil maka si isteri yang menuntut bagi pihak anak mereka.

Kahwin Nialap"NIALAP" adalah bererti seorang lelaki dan perempuan, atas suka sama suka berikutan pulang untuk tujuan berkumpul sebagai suami isteri tanpa bertunang. Mereka dikahwinkan dengan cepat dan ringkas. perbelanjaan seperti berikut:
1. Seekor kerbau
2. Seekor babi
3. Perbelanjaan untuk dapur yang sederhana.
4. Kahwin InuliKahwin "INULI" adalah silelaki pulang ke rumah siperempuan samada dia diterima atau tidak terpulang kepada siperempuan untuk mengambil keputusan.

Adat Basal

Adat "BASAL" adalah satu adat yang mempunyai tujuan untuk kebaikan dan kebersihan daerah/negeri. Perkara ini dilangsungkan secara besar-besaran. Ini memakan masa seminggu dan menggunakan sangat besar belanja. Apabila ada perkara ganjil berlaku di daerah/negeri, hujan pun tidak tentu serta buah-buahan dan tanaman tidak sempurna maka daerah/negeri itu perlu dibersihkan, supaya hidup manusia bersih dan sekeliling alam pun bersih. Keadaan kampung dalam negeri/daerah itupun aman dan damai.

Tujuan adat basal adalah untuk memulihkan rezeki rakyat, kedamaian/keamanan seluruh masyarakat.Bagunan tempat basal diadakan adalah tujuh bersambung dengan bendera didirikan. Ketuanya adalah ketua kampung dibantu oleh bomoh-bomoh dan orang ramai, seterusnya untuk membuat begitu banyak tugas untuk persediaan. Ketua kampung berhubung serta mengutip derma dari satu-satu kampung dan dibantu oleh Mahkamah Anak Negeri.Perbelanjaan untuk pesta tujuh hari itu:
1. Beras untuk tapai dan nasi pulut - 10 karung
2. Kerbau tujuh ekor
3. Kambing seekor warna hitam
4. Ayam hitam sunsang buluh seekor
5. Kunyit untuk mewarnakan beras kuning
6. Kain putih tujuh ela untuk dibuat bendera
7. Kayu cempadak
8. Sebatang pokok pinang
9. Kelapa tua untuk membuat nasi puluh dan santan daging kerbau.

Pasangan gongs untuk digunakan ialah:
1. 1 pasang sipir (taas)
2. 1 gendang

oleh:josieh samamjuis

Friday, September 11, 2009

Kenali Parasit Komputer..

Oleh : Roshaslindah Abd Rashid.

Virus.? biasa sangat dengar...
tapi yang lain² ancaman parasit belum pasti lagi. ini kerana ancaman komputer masa kini bukanlah virus semata². banyak lagi parasit² lain yang bertujuan menggangu sistem komputer. Jom kita semak senarai parasit tersebut.

Virus Komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan
kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000


Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.


Monday, September 7, 2009

Suntikan anti-H1N1 untuk jemaah haji

oleh: syazwana binti omar

Peraturan baru dikenakan kerajaan Arab

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menasihatkan bakal jemaah haji tahun ini mendapatkan vaksin mencegah selesema H1N1, sebaik saja ia mula ditawarkan kepada orang ramai.

Bagi bakal jemaah haji berisiko tinggi dari segi kesihatan, Muis merayu agar mereka menunda pemergian ke Tanah Suci.

Muis berkata demikian dalam kenyataan kelmarin sebagai menyusuli peraturan kesihatan baru dikenakan kerajaan Arab Saudi ke atas semua jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak H1N1 itu.

Peraturan itu bermakna, bakal jemaah dikehendaki mendapatkan dua suntikan - untuk selesema biasa dan selesema H1N1 � sebaik saja suntikan mencegah H1N1 ditawarkan kepada umum.

Jemaah juga dikehendaki mendapatkan sijil pengesahan daripada doktor selepas mendapatkan suntikan itu dan menyerahkan sijil berkenaan dua minggu sebelum mendapatkan visa haji.

Muis juga menasihatkan, langkah terbaik ialah usaha pencegahan dengan menjaga kebersihan diri dan mengelak daripada mendekati mereka yang sedang sakit.
Dalam kenyataan itu, Muis turut merayu kepada mereka yang berisiko tinggi agar menangguhkan pemergian kerana menurut Kementerian Kesihatan Singapura golongan berisiko tinggi lebih terdedah kepada kesulitan kesihatan akibat jangkitan virus H1N1.

Golongan berkenaan merangkumi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti semput, penyakit paru-paru, penyakit jantung dan kencing manis.

Mereka yang berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan wanita hamil juga tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

"Selaras dengan saranan Panel Pakar Antarabangsa yang dibentuk Kementerian Kesihatan Arab Saudi, mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi diminta menangguhkan perjalanan haji dan umrah demi keselamatan masing-masing," kata kenyataan Muis.

Namun berdasarkan maklumat yang diberi, Muis menyerahkan keputusan bagi mengerjakan ibadat haji kepada setiap individu.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura tahun ini dijangka berlepas pada 28 Oktober, sementara kumpulan terakhir pada 22 November.

Penerbangan pertama jemaah yang pulang dari Arab Saudi dijadualkan pada 2 Disember, sementara kumpulan terakhir pada 24 Disember. � Agensi

www.beritaharian.com.my

HARI KE TUJUH BELAS RAMADHAN

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

SALAM AIDILFITRI @ BERITA HARIAN ONLINE

OLEH: syazwana binti omar

MARIAM MENINGGAL

Anak kecewa ibu wasiat dikebumi cara Kristian

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.

Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi tidak tahu kandungannya.
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.
Berita harian,7 September 2009.

OLEH: syazwana binti omar

Sunday, September 6, 2009

Spiderman...

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid.



Warga Perancis, Robert Alain yang dikenali “Spiderman” kerana sering memanjat bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan, telah menakluki Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat selepas gagal pada 1997 dan 2007.

Beliau mula memanjat menara pada 6.00 pagi tadi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Beliau telah ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisoner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman

Wednesday, September 2, 2009

Faizal Tahir Menang Lagi....

Oleh : Roshaslindah Abd Rashid

Pertandingan lagu 1 Malaysia Hot Fm telah diumumkan sebentar td
(2 september 2009)...

Faizal Tahir telah dipilih sebagai pemenang..

LAGU:
Malaysia Satu
ARTIS:
Faizal Tahir

KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima

LIRIK:

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Tuesday, September 1, 2009

1 Malaysia

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid


Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Gagasan ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pengertian Logo 1 Malaysia :

Melambangkan visi Negara iaitu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang bekerjasama, berdikari, bermuafakat, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.




Monday, August 31, 2009

Sambutan Kemerdekaan ke-52

0leh : Roshaslindah Abd Rashid

Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara peringkat nasional hari ini tidak kurang dan tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya.

Bertemakan ''1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'', perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali di dalam sejarah sambutannya diadakan di Dataran Parlimen, yang menjadi simbol demokrasi berparlimen di negara ini

Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar dari negara luar dalam upacara penuh adat istiadat, hari ini diwarnai dengan persembahan peserta yang berpakaian warna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak di dalam uniform masing-masing.

Perhimpunan perbarisan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tepat jam 8 pagi.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman tiba d
perkarangan Parlimen. -Bernama

Ramadhan Menguji Umat Islam..

oleh : Roshaslindah Abd Rashid

Kesabaran adalah penting dalam menjalani ibadah puasa..
Di bulan inilah kita harus mencari keredhaan dan keberkatan-Nya..

Puasa bukanlah ibadah yang membebankan..
Kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran..

Dikala kita sibuk menyiapkan persiapan untuk bersahur, berbuka dan menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma..
Ada insan lain yang bersedih hati..

Menjalani ibadah puasa dan berbuka hanya berbekalkan juadah ubi kayu tidak mencukupi buat sesetengah individu...
Namun, itulah yang dihadapai oleh keluarga Jumak Sinari yang menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu..

Berikut merupakan sedikit petikan yang diambil dari berita Harian Metro untuk tatapan kita bersama..


“Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.

Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.

“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

Tuesday, August 11, 2009

Festival Filem Malaysia ke-22, UMS, KK, Sabah.

oleh : Roshaslindah Abd Rashid

Malam yang penuh bersejarah buat warga UMS..
Festival Filem Malaysia ke-22 yang diadakan di Dewan Canselor, UMS amat membrangsangkan.
Bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia.

Berikut merupakan pemenang anugerah pada malam tersebut :

Anugerah Perdana (14 anugerah)

Filem Terbaik - Papadom
Pengarah Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)
Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom)
Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay (Papadom)
Lakon Layar Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)
Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom)
Sinematografi Terbaik - Mohd Nor Kasim (Setem)
Penyunting Terbaik - Faizul Mohd Noh (Setem)
Skor Muzik Asal Terbaik - Syed Ahmad Faizal (Papadom)
Filem Komedi Terbaik - Los dan Faun
Filem Animasi Terbaik - My Telatori (The One Academy of Communication Design)
Filem Pendek Terbaik - Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia)
Filem Digital Terbaik - Aathma (Demaz Entertainment)
Filem Dokumentari Terbaik - Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah)

Pengarah Harapan - James Lee (Histeria)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Mohd Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam)
Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Setem)
Penataan Bunyi Terbaik - Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Mohd Hadziq (Syurga Cinta)
Pelakon Harapan Lelaki - Zahiril Adzim (Kami The Movie)
Pelakon Harapan Wanita - Jaclyn Victor (Talentime)
Pereka Kostum Terbaik - Shen Imagineering (Cicakman 2)
Lagu Tema Asal Terbaik - Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan)
Poster Terbaik - Histeria

Filem Box-Office - Geng Pengembaraan Bermula
Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Omar Man
Anugerah Pelakon Veteran Wanita - Mariani Ismail
Anugerah Pelakon Veteran Lelaki - S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri

Talentime
Kami The Movie
Histeria
Geng Pengembaraan Bermula

krew sempat merakamkan gambar kenangan bersama pengarah filem
terkenal tanah air. Dato Yusof Haslam.



Antara pelakon-pelakon yang turut hadir pada malam festival
filem yang ke-22.

Monday, August 3, 2009

Gejala Merempit dalam Kalangan Remaja


Disediakan Oleh: Zainab Binti Zulkifli

Gejala merempit dalam kalangan remaja terutamanya di kawasan Semenanjung Malaysia semakin menjadi-jadi dewasa ini. Ia merupakan salah satu gejala sosial yang membabitkan remaja di Malaysia sekarang. Merempit adalah perbuatan atau kelakuan remaja yang menunggang motosikal secara laju atau berbahaya di atas jalan raya tanpa memikirkan tentang keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Gejala merempit dalam kalangan remaja pada masa kini semakin berleluasa walaupun terdapat pelbagai langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak polis bagi membendung gejala ini. Masalah ini adalah suatu yang tidak asing lagi tidak kira dalam atau luar negara. Kebanyakan mereka yang merempit berada dalam lingkungan umur belasan tahun dan 20-an dan keatas, mereka ini kebanyakannya terdiri daripada keluarga yang bermasalah dan tidak berpendidikan tinggi.

Terdapat ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan remaja-remaja pada masa ini. Kebanyakan remaja yang merempit bukan sahaja menunggang motosikal secara laju dan menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya, malah mereka juga turut melakukan perkara yang melanggar undang-undang negara seperti meragut orang awam, menjadi samseng jalanan dan sebagainya. Kebanyakan mereka merasa megah dan angkuh semasa menunjukkan aksi-aksi berbahaya di atas jalan raya, dengan menggelarkan mereka dengan gelaran “mat rempit” ianya akan semakin menyemarakkan semangat anak-anak muda yang kononnya “tidak takut mati” walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang tinggi semasa merempit di atas jalan raya. Terdapat pelbagai kejadian dan perlakuan yang tidak diingini membabitkan anak-anak muda yang merempit di jalan raya seperti gengster, rompakan berkumpulan, ragut, pergaduhan dan sebagainya.
Gejala merempit dalam kalangan remaja menjadi topik hangat dan sering diperkatakan oleh masyarakat tidak kira golongan tua atau muda. Hal ini kerana, mat rempit bukan sahaja mencetuskan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna jalan raya malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggelarkan anak-anak muda sebagai “samseng jalanan” dimana ia tepat dalam menggambarkan segala kekacauan yang dicetuskan oleh golongan remaja terbabit. Terdapat banyak pihak yang menyatakan gelaran “mat rempit” dalam kalangan remaja terlalu hebat untuk golongan tersebut. Menurut kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman iaitu Datuk Abdul Aziz Yusof “terdapat 69 orang yang ditahan di seluruh negara dalam operasi bersepadu lumba haram dan cegah jenayah dimana operasi ini dijalankan selama 17 hari yang bermula dari 1 mei yang lepas”. Melalui penangkapan tersebut terdapat seramai 40 orang ditahan yang berumur bawah daripada 20 tahun manakala seramai 3 orang yang berumur kurang daripada 15 tahun dan selebihnya berumur 21 tahun keatas.
Terdapat pelbagai filem tempatan seperti Ali Setan, Gila-Gila Remaja, KL Menjerit, Remp-it, dan filem terbaru ialah filem Bohsia, yang banyak mengetengahkan remaja merempit di jalan raya. Melalui objektif filem tersebut ianya bertujuan memberi pengajaran tentang bahaya dan kesan buruk merempit terhadap golongan remaja yang merempit. Walau bagaimanapun terdapat segelintir sahaja remaja yang mengambil iktibar daripada filem yang ditontonnya, berbeza pula dengan sesetengah golongan remaja yang lain yang terdedah dengan filem tempatan dimana filem tersebut menjadi inspirasi kepada mereka untuk semakin terjerumus dalam kancah yang tidak bermoral.
Bagi memerangi gejala merempit daripada terus berleluasa ibu bapa dan masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi gejala sosial ini diatas bahu pihak berkuasa sahaja, semua pihak terutamanya ibu bapa harus memainkan peranannya dalam mengawal pergaulan dan memberi didikan agama yang sempurna ketika anak-anak masih mentah lagi dengan didikan agama yang kuat remaja akan dapat membezakan perkara baik dan buruk sesuatu perkara yang dilakukan mereka.

Sunday, July 26, 2009

Harapan PM

oleh : Roshaslindah A. Rashid

Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah menggunakan kewarasan mereka sebagai mahasiswa dalam menapis dan menyaring maklumat yang diterima, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahasiswa perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai dan memperhalusi sesuatu ilmu itu.

Perdana Menteri juga berharap mahasiswa tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat

Segala aktiviti yang dirancang oleh pimpinan mahasiswa perlulah relevan dengan zaman dan dalam konteks ini mahasiswa perlu mengutamakan keperluan belia di dalam program-program yang dijalankan mereka.

PM berkata:"Maknanya janganlah kegiatan mahasiswa bersifat syok sendiri, lupa pada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda dan rakan semahasiswa khususnya agar terus berada di landasan yang betul".

Para mahasiswa perlu turut memenuhkan ilmu di dada dan menjadi mahasiswa yang fasih pelbagai bahasa, serba boleh dan menguasai pelbagai kemahiran kerana era dunia kini adalah era peperangan minda dan bukannya lagi ketenteraan atau beradu fizikal.

Mahasiswa yang terdiri daripada golongan belia adalah bakal pemimpin negara dan dengan itu soal kepimpinan mahasiswa adalah amat penting bak kata Imam Al-Ghazali "jika golongan belia sesebuah negara itu baik, maka masa hadapan negara itu berada di tangan barisan yang boleh ditaruhkan harapan".

"Dalam hal ini, jaminan dari saya sebagai Perdana Menteri adalah pihak kerajaan akan sentiasa menyokong sepenuhnya inisiatif menggilap pemimpin baru yang dilatih mengikut asas kepimpinan menurut landasan yang betul. Mustahaknya, kita tidak mahu mahasiswa terbabas daripada jalan yang sewajarnya," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata apa yang menyedihkan terdapat pemimpin mahasiswa di negara ini yang dilihat berpotensi tetapi tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan kepimpinan mereka di atas landasan yang akan memberikan manfaat yang besar kepada pergerakan mereka sendiri mahupun masyarakat keseluruhanannya.
Tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan mahasiswa atau masyarakat hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa berkenaan.

Dalam perspektif Islam, ummah tidak boleh dibiarkan dalam ketika apa pun berada dalam keadaan tanpa pemimpin atau arah tuju dan ini dapat dilihat bagaimana Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah biarpun jenazah Rasulullah s.a.w pada masa itu belum disemadikan lagi, katanya.

Katanya jelas sekali peristiwa itu menunjukkan Islam tidak mengambil mudah soal kepimpinan malahan merupakan keutamaan dalam membina ketamadunan dan survival ummah.

Dalam kata lain, katanya Islam meletakkan kepimpinan sebagai taklif yakni amanah yang mesti dilaksanakan dan bukannya tashrif yakni kemuliaan semata-mata bagi membawa transfromasi yang besar kepada negara.
"Kepimpinan yang wujud dalam Islam ialah kesepaduan yang menekankan keseimbangan antara roh dan jasad...kestabilan di antara pembangunan kerohanian dan kebendaaan bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat," katanya.

Perdana Menteri juga berkata adalah penting bagi seseorang pemimpin untuk menunaikan janji yang dibuat bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t.

-Bernama

Thursday, July 23, 2009

jauh bukan halangan

Tenom- Nun jauh di ceruk pedalaman negeri Sabah, dicalit sejuta kekurangan dalam pada mana pembangunan sedang rancak membangun di serata pelusuk negeri, namun itu bukan ukuran untuk anak-anak watan daerah Tenom untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa menggerah sekelumit kudrat.

Kemiskinan bukan wariasan dan juga bukan noktah untuk menggelapkan masa depan anak-anak, begitulah luahan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya seperti anak-anak di kawasan bandar. Berbekalkan kemahiran membaca. menulis dan mengira anak-anak watan ini gigih menuntut ilmu meskipun terpaksa meredah perjalanan kira-kira 30km untuk sampai ke sekolah.

Beratapan daun rumbia, berdindingkan kayu sudah cukup memedahi untuk anak-anak ini berteduh daripada panas dan hujan. Anak-anak ini juga terpaksa jarang-jarang pulang ke kampung halaman dab hanya pulang sekali sekala apabila menjelang cuti penggal persekolaham ekoran tambang yang tinggi oleh pemilik kenderaan pecun empat roda kepada mereka.

Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa golongan serba kekurangan tetapi bersemangat waja ini jauh lebih bijak menelusuri rencam kehidupan dan menghargai kepentingan ilmu berbanding mereka yang memiliki segala-galanya. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang perkhidmatan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan kerana masih ada anak-anak yang lebih memerlukannya.
oleh josieh

Fenomena unik 22 Julai catat sejarah

Kuala Lumpur,22 Julai-Sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut: Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM ,waktu Puncak Gerhana sekitar 9:07 AM dan waktu Tamat Gerhana kira-kira jam 9:48 AM .

Pada waktu ini, matahari. bulan dan bumi akan berada pada kedudukan selari. Gerhana matahari separa pada mulanya, tidak kelihatan degan jelas melalu teleskop berikutan keadaan cuaca yang sedikit berawan. Namun jelas kelihatan apabila mencapai waktu puncak gerhana.

Fenomena kali ini mencatatkan sejarah kerana mengambil masa yang panjang iaitu enam minit tiga puluh sembilan saat. Walau bagaimana pun, hanya 17.8% matahari sahaja akan dilindungi bulan, namun begitu ia tetap sebuah fenomena yang cukup menarik.

Monday, July 20, 2009

Fungsi Bahagian ICT

a)Konsultasi Perkhidmatan Sistem Komputer;
b)Merancang dan memantau ICT di jabatan pengguna;
c)Menyelenggara sistem aplikasi piawai (eGov-> eCuti, SM2, SISVOT, SISPHAN, SISFAIL,dll);
d)Menyelenggara Sistem Pembayaran Skim Bantuan Am, Sistem Pembayaran Skim Bantuan Orang Tua dan Sistem Pembayaran Bantuan Anak Yatim;
e)Membangunkan sistem aplikasi selaras dengan keperluan jabatan pengguna;
f)Memberi perkhidmatan teknikal yang berkaitan dengan sistem komputer, rangkaian dan internet;
h)Memberi latihan yang berkaitan dengan sistem aplikasi piawai dan perisian yang digunapakai oleh kerajaan.

(http://www.sabah.gov.my/mss/Fungsi%20KSIT.html) oleh: Syazwana

Peranan it dalam perkhidmatan di negeri sabah

Fungsi Perancangan Program IT

1. Merangka dan menyediakan dasar-dasar baru berkenaan pelaksanaan dan penggunaan sistem IT yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri.

2. Menyelaras keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penggunaan teknologi maklumat.

3. Membantu merancang projek-projek IT dan mengenalpasti keperluan sistem IT bagi setiap kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri.

4. Menentukan dan menetapkan keutamaan serta menyenarai projek-projek IT yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan Pelan Induk IT Negeri pada setiap tahun.

5. Menentukan perolehan sistem komputer yang telah ditetapkan bagi kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri pada setiap tahun.

6. Membantu merancang dan menentukan peruntukan belanjawan IT bagi kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah setiap tahun.

7. Memantau tahap pelaksanaan dan penggunaan sistem IT dalam kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri bagi tujuan perancangan program IT sektor awam Negeri Sabah.


Perkhidmatan Perundingan Sistem IT

1. Memberikan khidmat rundingan bagi keperluan, perolehan, pelaksanaan dan penggunaan sistem IT di kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah , seperti:

i) perundingan mengenai keperluan dan perolehan sistem IT;
ii) perundingan mengenai keperluan dan pelaksanaan sistem aplikasi IT;
iii) perundingan mengenai penggunaan system IT yang cekap dan berkesan tanpa pembaziran kos;
iv) perundingan mengenai keperluan tenaga manusia bagi pengoperasian sistem IT.

2. Menyediakan spesifikasi peralatan sistem IT yang diperlukan oleh kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

3. Menyediakan dokumen-dokumen tender dan sebutharga bagi perolehan sistem IT untuk kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

4. Melakukan kajian keperluan tenaga kerja mahir IT bagi pelaksanaan dan penggunaan sistem IT.

5. Melakukan kajian terhadap pelaksanaan dan penggunaan kaedah-kaedah baru dalam perolehan sistem IT untuk Kerajaan Negeri Sabah.

6. Memastikan dan menentukan keperluan infrastruktur dalaman sistem IT untuk penggunaan Sabah.Net bagi setiap kementerian dan jabatan.

7. Membantu dalam pengemaskinian dasar-dasar pelaksanaan dan penggunaan Sabah.Net dan Kerajaan Elektronik.
sumber( FUNGSI

Perancangan Program IT

1. Merangka dan menyediakan dasar-dasar baru berkenaan pelaksanaan dan penggunaan sistem IT yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri.

2. Menyelaras keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penggunaan teknologi maklumat.

3. Membantu merancang projek-projek IT dan mengenalpasti keperluan sistem IT bagi setiap kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri.

4. Menentukan dan menetapkan keutamaan serta menyenarai projek-projek IT yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan Pelan Induk IT Negeri pada setiap tahun.

5. Menentukan perolehan sistem komputer yang telah ditetapkan bagi kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri pada setiap tahun.

6. Membantu merancang dan menentukan peruntukan belanjawan IT bagi kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah setiap tahun.

7. Memantau tahap pelaksanaan dan penggunaan sistem IT dalam kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri bagi tujuan perancangan program IT sektor awam Negeri Sabah.


Perkhidmatan Perundingan Sistem IT

1. Memberikan khidmat rundingan bagi keperluan, perolehan, pelaksanaan dan penggunaan sistem IT di kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah , seperti:

i) perundingan mengenai keperluan dan perolehan sistem IT;
ii) perundingan mengenai keperluan dan pelaksanaan sistem aplikasi IT;
iii) perundingan mengenai penggunaan system IT yang cekap dan berkesan tanpa pembaziran kos;
iv) perundingan mengenai keperluan tenaga manusia bagi pengoperasian sistem IT.

2. Menyediakan spesifikasi peralatan sistem IT yang diperlukan oleh kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

3. Menyediakan dokumen-dokumen tender dan sebutharga bagi perolehan sistem IT untuk kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri Sabah.

4. Melakukan kajian keperluan tenaga kerja mahir IT bagi pelaksanaan dan penggunaan sistem IT.

5. Melakukan kajian terhadap pelaksanaan dan penggunaan kaedah-kaedah baru dalam perolehan sistem IT untuk Kerajaan Negeri Sabah.

6. Memastikan dan menentukan keperluan infrastruktur dalaman sistem IT untuk penggunaan Sabah.Net bagi setiap kementerian dan jabatan.

7. Membantu dalam pengemaskinian dasar-dasar pelaksanaan dan penggunaan Sabah.Net dan Kerajaan Elektronik.http://www.compserv.sabah.gov.my/webnotes/induksi/brn.htm

josieh

Fungsi it

Carter (1993), teknologi maklumat menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut:
Pemerolehan Data, Penyimpanan Data, Pemprosesan Data dan Pengkomunikasian Data.

Selain itu, ianya juga menjalankan fungsi sebagai pemindah maklumat melalui perkhidmatan e-mail, yang menjimatkan menjimatkan masa kepada mereka yang menerima banyak mail dalam sehari. Setelah menarik mesej-mesej itu, pengguna boleh off-line dan membacanya pada bila-bila masa.

Pemindahan maklumat juga berlaku melalui usenet news dimana Usenet News berfungsi sebagai papan buletin elektronik bagi Internet. Ia beroperasi seperti papan buletin di pusat membeli-belah. Sesiapa sahaja boleh menampalkan notis pada bahagian-bahagian yang berkaitan. Dengan ini, orang lain akan dapat membaca mahupun menjawab kepada notis atau mesej itu.

Disamping itu, maklumat juga boleh dipindah melalui internet relay chat yang membolehkan komunikasi langsung melalui Internet. Oleh itu, sesorang itu tidak perlu menunggu sementara mesejnya dihantar secara e-mail......sumber(http://members.fortunecity.com) oleh josieh s.juis

fungsi it

Carter (1993) fungsi it terbahagi keapada beberapa perkara berikut antaranya ialah:
-Pemerolehan Data, Penyimpanan Data, Pemprosesan Data dan Pengkomunikasian Data.
(http://members.fortunecity.com)

Teknologi Maklumat juga berfungsi dalam pemindahan maklumat melalui e-mail, unset news, internet relay chat yang membolehkan komunikasi terus melalui internet.

fungsi- fungsi it

01. merancang strategik dan mengurus sistem teknologi maklumat MAIS dengan efisen, cekap dan berkesan
02. Mengkaji keperluan keselamatan perisisan dan rangkaian serta memastikan sistem komputer berfungsi dengan dendan baik dan berkesan.
03. Merancang, membangun, menyelaras dan mengawasi pelaksanaan dan penyelanggaraan sistem aplikasi laman web MAIS
Information And Communication Technology ( I C T) - Presentation Transcript


Information and Communication Technology (ICT) ICT Dalam Pendidikan


Pengenalan


-Memandu proses pembelajaran pelajar dalam persekitaran pembelajaran elektronik
-Pendidik perlu bersiap sedia menyatupadukan penggunaan teknologi maklumat dalam strategi pengajaran
-Penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat menerusi ruang maya
-Antara penggunaannya ICT dalam pendidikan iailah dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara e-pembelajaran dan alat bantu mengajar ( CAI ) dalam pengajaran dan pembelajaran
-Disamping itu digunakan didalam pentadbiran atau pengurusan pendidikan negara atau sekolah -Namun terdapat kelemahannya juga disamping dalam kebaikan dalam penggunaan ICT dalam pendidikan


ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA E-PEMBELAJARAN




  • Merujuk kepada konsep yang mengintegrasikan teknologi maklumat di dalam sistem pembelajaran -Proses ( P&P ) diaplikasikan di luar bilik darjah -Membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar - Tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan.


KEBAIKAN DAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA E-PEMBELAJARAN

ICT Sebagai Alat Bantu Mengajar ( CAI ) Dalam Pengajaran Dan pembelajaran
termasuklah menyimpan, mengakses, memproses, mewujudkan dan menyampaikan maklumat.


Membantu memudahkan pelajar belajar


Berkongsi sumber yang tidak terbatas kuantitinya


KEBAIKAN DAN KELEMAHAN
ICT Sebagai Alat Bantu Mengajar ( CAI ) Dalam Pengajaran Dan pembelajaran


KELEMAHAN


(P&P) menggunakan ICT memerlukan kepakaran.
Memerlukan masa dan kos yang tinggi
Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah terhad
Kes penipuan dan peniruan kerja pelajar lain
Masalah penghantaran maklumat sentiasa berlaku BACK
kebaikannya
Mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.
Dapat menarik minat pelajar jika direka bentuk dengan baik.
Pelajar akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain dari buku teks.
Mempunyai banyak pilihan jika menggunakan kemudahan ICT.
Maklumat melalui penggunaan ICT boleh disimpan dan digunakan semula. BACK


KELEMAHANNYA
Hanya berperanan sebagai alat sokongan penyampaian maklumat atau fakta.
Penggunaan komputer atau internet hanyalah keseronokan sahaja.
Interaksi antara pelajar dengan guru adalah terbatas
Memerlukan kepakaran untuk mengendalikannya.
• Penyediaan penggunaan teknologi sebagai
( CAI ) juga memerlukan masa yang lama.
• Menimbulkan ketidakseragaman sukatan pelajaran.
• Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perkakasan dan perisian

KEBAIKAN INTERNET

Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality).

Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

Integrasi internet dalam pendidikan

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)

Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi

http://www.angelfire.com./rangkaian0/kelebihan_internet.htm oleh: Zainab