Friday, September 11, 2009

Kenali Parasit Komputer..

Oleh : Roshaslindah Abd Rashid.

Virus.? biasa sangat dengar...
tapi yang lain² ancaman parasit belum pasti lagi. ini kerana ancaman komputer masa kini bukanlah virus semata². banyak lagi parasit² lain yang bertujuan menggangu sistem komputer. Jom kita semak senarai parasit tersebut.

Virus Komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan
kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000


Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.


Monday, September 7, 2009

Suntikan anti-H1N1 untuk jemaah haji

oleh: syazwana binti omar

Peraturan baru dikenakan kerajaan Arab

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menasihatkan bakal jemaah haji tahun ini mendapatkan vaksin mencegah selesema H1N1, sebaik saja ia mula ditawarkan kepada orang ramai.

Bagi bakal jemaah haji berisiko tinggi dari segi kesihatan, Muis merayu agar mereka menunda pemergian ke Tanah Suci.

Muis berkata demikian dalam kenyataan kelmarin sebagai menyusuli peraturan kesihatan baru dikenakan kerajaan Arab Saudi ke atas semua jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak H1N1 itu.

Peraturan itu bermakna, bakal jemaah dikehendaki mendapatkan dua suntikan - untuk selesema biasa dan selesema H1N1 � sebaik saja suntikan mencegah H1N1 ditawarkan kepada umum.

Jemaah juga dikehendaki mendapatkan sijil pengesahan daripada doktor selepas mendapatkan suntikan itu dan menyerahkan sijil berkenaan dua minggu sebelum mendapatkan visa haji.

Muis juga menasihatkan, langkah terbaik ialah usaha pencegahan dengan menjaga kebersihan diri dan mengelak daripada mendekati mereka yang sedang sakit.
Dalam kenyataan itu, Muis turut merayu kepada mereka yang berisiko tinggi agar menangguhkan pemergian kerana menurut Kementerian Kesihatan Singapura golongan berisiko tinggi lebih terdedah kepada kesulitan kesihatan akibat jangkitan virus H1N1.

Golongan berkenaan merangkumi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti semput, penyakit paru-paru, penyakit jantung dan kencing manis.

Mereka yang berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan wanita hamil juga tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

"Selaras dengan saranan Panel Pakar Antarabangsa yang dibentuk Kementerian Kesihatan Arab Saudi, mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi diminta menangguhkan perjalanan haji dan umrah demi keselamatan masing-masing," kata kenyataan Muis.

Namun berdasarkan maklumat yang diberi, Muis menyerahkan keputusan bagi mengerjakan ibadat haji kepada setiap individu.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura tahun ini dijangka berlepas pada 28 Oktober, sementara kumpulan terakhir pada 22 November.

Penerbangan pertama jemaah yang pulang dari Arab Saudi dijadualkan pada 2 Disember, sementara kumpulan terakhir pada 24 Disember. � Agensi

www.beritaharian.com.my

HARI KE TUJUH BELAS RAMADHAN

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

SALAM AIDILFITRI @ BERITA HARIAN ONLINE

OLEH: syazwana binti omar

MARIAM MENINGGAL

Anak kecewa ibu wasiat dikebumi cara Kristian

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.

Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi tidak tahu kandungannya.
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.
Berita harian,7 September 2009.

OLEH: syazwana binti omar

Sunday, September 6, 2009

Spiderman...

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid.



Warga Perancis, Robert Alain yang dikenali “Spiderman” kerana sering memanjat bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan, telah menakluki Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat selepas gagal pada 1997 dan 2007.

Beliau mula memanjat menara pada 6.00 pagi tadi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Beliau telah ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisoner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman

Wednesday, September 2, 2009

Faizal Tahir Menang Lagi....

Oleh : Roshaslindah Abd Rashid

Pertandingan lagu 1 Malaysia Hot Fm telah diumumkan sebentar td
(2 september 2009)...

Faizal Tahir telah dipilih sebagai pemenang..

LAGU:
Malaysia Satu
ARTIS:
Faizal Tahir

KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima

LIRIK:

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Tuesday, September 1, 2009

1 Malaysia

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid


Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Gagasan ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pengertian Logo 1 Malaysia :

Melambangkan visi Negara iaitu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang bekerjasama, berdikari, bermuafakat, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.