Thursday, October 8, 2009

Sistem Sekolah Sedia Ada Dikekalkan 1Malaysia Ada Nilai Ekonomi Tinggi

oleh : Josieh Samam Juis

PARIS 5 Okt. - Jurang perpaduan nasional yang ketara di kalangan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya dapat diatasi jika sistem pembelajaran di SK lebih interaktif dan menarik minat ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, kerajaan tetap komited untuk mengekalkan sistem persekolahan sedia ada meskipun ada andaian ia boleh melebarkan lagi jurang antara kaum.
''Jika kita menentang pilihan yang ada yang diputuskan sejak merdeka, ia akan mengundang pecah belah. Ini adalah realiti, saya tidak yakin kita boleh lari dari realiti (dengan hanya membenarkan SK)," katanya pada sesi dialog dengan 450 pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pelajar yang mendakwa konsep 1Malaysia hanya laungan retorik kerana tidak mungkin ia tercapai berikutan wujud jurang atau pengasingan kaum di peringkat sekolah rendah lagi menerusi SK dan SJK. Sebab itu, tegas Perdana Menteri, komitmen untuk mengukuhkan SK harus melalui cabaran yang besar.
''Namun, kalau seseorang murid itu memperoleh kualiti pendidikan dan melalui lebih banyak interaksi dalam pembelajaran bahasa Inggeris, maka saya yakin ia mampu menjamin mengekalkan perpaduan nasional yang ada. - Utusan

Taufan Parma terus mengganas, sasaran baru Taiwan

oleh : Josieh Samam Juis

TAIPEI 5 Okt. - Taiwan telah memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari ini sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Pemindahan yang sesetengahnya dipaksa itu tertumpu di selatan Taiwan, kawasan yang musnah teruk akibat Taufan Morakot pada Ogos lalu, bimbang Taufan Parma akan membawa hujan lebat dan menyebabkan lereng-lerang gunung runtuh.
"Mereka yang dipindahkan ditempatkan di tempat perlindungan yang diatur oleh pejabat-pejabat perbandaran. Mereka semua selamat. "Tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya adalah tempoh yang kritikal. Kami akan meneliti berapa banyak hujan yang akan dibawa oleh Taufan Parma," kata pegawai Suruhanjaya Perlindungan, Pencegahan dan Bencana, Andrew Cheng kepada AFP.

Lebih 3,000 penduduk di daerah Pingtung, selatan Taiwan dan kebanyakan 2,000 penduduk di daerah kejiranan Kaohsiung telah meninggalkan kediaman mereka, sementara selebihnya adalah dari bahagian timur Taiwan iaitu dari daerah Yilam, Hualien dan Taitung.
Taufan Parma dilaporkan berada 250 kilometer dari barat laut Oluanpi, bahagian paling selatan Taiwan pada pukul 9.15 pagi (waktu sama dengan Malaysia) dan terus menuju ke Bashi Channel iaitu pemisah antara Taiwan dan Filipina. Tiupan angin dilaporkan selaju 126 kilometer sejam, menurun daripada 155 kilometer sejam semalam.
"Ekoran kekuatan Parma yang berkurangan, ia mungkin menyebabkan lebih banyak berlakunya hujan lebat di negara ini terutamanya di bahagian timur," kata seorang pegawai Biro Pusat Kaji Cuaca, Hsieh Ming-chang. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Tahukah Anda?

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Sebagai pelajar Komunikasi (Sekolah Sains Sosial), anda tentu tidak pernah atau jarang mengunjungi blog Sekolah Sains Sosial kan?

Segala aktiviti kita dipaparkan dalam blog itu.

Tak percaya?.
Kunjungi blog ini dan lihat http://sssums.wordpress.com/

Ataupun, lihat saja gambar di bawah ni.

Di sini ada sedikit gambar yang telah diambil dari blog tersebut.

Gambar ini semasa bengkel perfileman yang dihadiri oleh pelajar komunikasi tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.

Yang ini pula adalah gambar perasmian kempen ' RM 1 Save The Live ', dianjurkan oleh pelajar komunikasi tahun 2, jalur Perhubungan Awam.



Klik gambar untuk imej besar. Jika masih kurang jelas, kunjungi lah blog SSS.

Monday, October 5, 2009

Bencana Alam + Kuasa Allah...

oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

2004 - Gerun rasanya apabila megenangkan kembali peristiwa tsunami yang berlaku lima tahun yang lalu..

Kita dapat melihat kemusnahan alam dan kehilangan nyawa manusia disebabkan bencana ini.

Tangisan dan ratapan mengiringi kepergian mereka. Sejauhmanakah tragedi sebegini akan berakhir?. Kita tidak dapat menentukannya..Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Namun, adakah tragedi ini ada kaitannya dengan tingkah laku manusia itu sendiri??

Saksikanlah sedikit sedutan mengenai tsunami.








2009 - Ketika kita alpa dan lalai dengan kemewahan dan kesenangan dunia, terlupa seketika dengan betapa besar dan agungnya kebesaran-Mu ya Allah.

Adakah peristiwa lima tahun lalu akan berulang kembali??

Kejadian yang menimpa Filipina (Super Typhoon Parma), Padang Andalas, Indonesia (Gempa Bumi) dan Samoa Amerika (tsunami), baru-baru ini amat menakutkan.

Ramai mangsa yang terkorban. Adakah negara kita akan selamat dari bencana ini? Kita haruslah mengambil iktibar dan bersedia untuk menghadapi segalanya.

Hanya doa dan keredahan mu ya Allah tempat kami berlindung.

Hasil kutipan kerajaan pada kadar perlahan (EKONOMI)


KUTIPAN hasil Kerajaan Persekutuan tidak terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi semasa dan masih berada pada landasan untuk mencapai jumlah yang disasarkan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Beliau berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini masih berkembang, tetapi pada kadar lebih perlahan, iaitu 3.1 peratus berbanding 20 peratus tahun lalu. "Tidak dinafikan hasil Kerajaan Persekutuan tahun ini akan terjejas sedikit berikutan harga minyak dan komoditi yang lebih rendah berbanding tahun lalu.

"Namun, kerajaan telah mengambil langkah berhemah untuk menguruskan kos perbelanjaan awam, termasuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perbelanjaan menerusi tawaran tender mengikut bidaan berdaya saing; mengelakkan berbelanja tidak berhemah seperti mengurangkan perjalanan luar negara, menyusun semula jabatan, dan mengelakkan pengambilan kakitangan tidak diperlukan. "Kami juga berhemah ketika membuat perbelanjaan terhadap pembelian aset dan bekalan, utiliti, penyelenggaraan dan sewaan," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, minggu lalu. Ahmad Husni berkata, kerajaan juga akan menguruskan kutipan cukai dengan baik menerusi kecekapan pentadbiran cukai, penyiasatan dan audit serta mengoptimumkan aset kerajaan, termasuk tanah, bangunan dan kemudahan.

"Saya yakin penyelarasan perbelanjaan dalam semua prospek hasil akan mendatangkan manfaat kepada kutipan hasil Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam," katanya. Mengenai langkah yang akan diambil untuk mengatasi kelemahan kutipan cukai, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan pentadbiran cukai dan audit secara berterusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam. "Kami juga menyemak dasar dan insentif dan penghapusan cukai yang diberikan terhadap pelbagai sektor dalam ekonomi,” katanya. Mengenai sama ada kerajaan akan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan perkara itu dan kini sedang mengendalikan kajian dari segi kesannya kepada sosial dan ekonomi.

Hasil Kerajaan Persekutuan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil bagi tahun ini dianggarkan berjumlah RM176.22 bilion. Tahun lalu, hasil Kerajaan Persekutuan meningkat RM15.116 bilion atau 10 peratus kepada RM161.558 bilion berbanding anggaran asal 2008 yang berjumlah RM146.442 bilion.
http://www.bharian.com.my
Oleh: Zainab bt Zulkifli

Sunday, October 4, 2009

Tragedi Bencana Alam



RUNTUHAN tanah membentuk cerun akibat gempa yang kuat melanda di Padang, Sumatera, Rabu lalu.

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 5.16 petang, 30 September lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung terbabit yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid yang menjadi struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan tanah gelungsur (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Menangani Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya yang dipetik detikcom, semalam.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mayat mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian sama apabila kebanyakan mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian selepas alat komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa, termasuk tentera di beberapa hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai 'menyengat' hidung.

oleh : Syazwana

http://www.bharian.com.my
04 oktober 2009

Friday, October 2, 2009

RM 1 Save The Life

Oleh : Roshaslindah Abd. Rashid

Perasmian kempen "Rm 1 Save The Live"
telah berlangsung di foyer perpustakaan UMS kelmarin bersamaan
01 October 2009, jam 3.00 petang.

Kempen ini dianjurkan oleh Program Komunikasi Jalur Perhubungan Awam di bawah pimpinan En. Moktharuddin Hj.Ahmad selaku pensyarah Perhubungan Awam ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Sekolah Sains Sosial iaitu Dr. Ramzah Dambul.

"RM 1 Save The Live" bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.
Atas kerjasama dengan MAKNA wang pungutan derma akan di salurkan kepada Hospital Likas Kota Kinabalu, Sabah.

Kempen ini akan berlangsung selama dua minggu di sekitar UMS dan kolej-kolej kediaman. Sambutan dan galakkan daripada anda semua adalah diharapkan untuk membantu insan yang lebih memerlukan perhatian daripada kita.

Kepada semua pelajar dan kakitangan UMS, anda dialu-alukan untuk menderma. Sama-samalah kita menjayakan kempen ini.

'Bantulah Mereka Yang Memerlukan'

Timbalan Dekan Dr. Ramzah Dambul merasmikan kempen RM 1 Save The Live.

Pensyarah program memberikan cenderahati ikhlas kepada perasmi kempen.



Derma anda mampu membantu insan yang lebih memerlukan. Sokonglah kempen ini..