Thursday, October 8, 2009

Sistem Sekolah Sedia Ada Dikekalkan 1Malaysia Ada Nilai Ekonomi Tinggi

oleh : Josieh Samam Juis

PARIS 5 Okt. - Jurang perpaduan nasional yang ketara di kalangan sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya dapat diatasi jika sistem pembelajaran di SK lebih interaktif dan menarik minat ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, kerajaan tetap komited untuk mengekalkan sistem persekolahan sedia ada meskipun ada andaian ia boleh melebarkan lagi jurang antara kaum.
''Jika kita menentang pilihan yang ada yang diputuskan sejak merdeka, ia akan mengundang pecah belah. Ini adalah realiti, saya tidak yakin kita boleh lari dari realiti (dengan hanya membenarkan SK)," katanya pada sesi dialog dengan 450 pelajar Malaysia di Pavilion Dauphine Place du Marechal de Lattre Tassigny di sini, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pelajar yang mendakwa konsep 1Malaysia hanya laungan retorik kerana tidak mungkin ia tercapai berikutan wujud jurang atau pengasingan kaum di peringkat sekolah rendah lagi menerusi SK dan SJK. Sebab itu, tegas Perdana Menteri, komitmen untuk mengukuhkan SK harus melalui cabaran yang besar.
''Namun, kalau seseorang murid itu memperoleh kualiti pendidikan dan melalui lebih banyak interaksi dalam pembelajaran bahasa Inggeris, maka saya yakin ia mampu menjamin mengekalkan perpaduan nasional yang ada. - Utusan

No comments:

Post a Comment