Thursday, October 8, 2009

Taufan Parma terus mengganas, sasaran baru Taiwan

oleh : Josieh Samam Juis

TAIPEI 5 Okt. - Taiwan telah memindahkan lebih 6,000 penduduknya awal hari ini sebagai persiapan menghadapi Taufan Parma yang semakin menghampiri negara pulau ini. Pemindahan yang sesetengahnya dipaksa itu tertumpu di selatan Taiwan, kawasan yang musnah teruk akibat Taufan Morakot pada Ogos lalu, bimbang Taufan Parma akan membawa hujan lebat dan menyebabkan lereng-lerang gunung runtuh.
"Mereka yang dipindahkan ditempatkan di tempat perlindungan yang diatur oleh pejabat-pejabat perbandaran. Mereka semua selamat. "Tempoh 24 hingga 48 jam seterusnya adalah tempoh yang kritikal. Kami akan meneliti berapa banyak hujan yang akan dibawa oleh Taufan Parma," kata pegawai Suruhanjaya Perlindungan, Pencegahan dan Bencana, Andrew Cheng kepada AFP.

Lebih 3,000 penduduk di daerah Pingtung, selatan Taiwan dan kebanyakan 2,000 penduduk di daerah kejiranan Kaohsiung telah meninggalkan kediaman mereka, sementara selebihnya adalah dari bahagian timur Taiwan iaitu dari daerah Yilam, Hualien dan Taitung.
Taufan Parma dilaporkan berada 250 kilometer dari barat laut Oluanpi, bahagian paling selatan Taiwan pada pukul 9.15 pagi (waktu sama dengan Malaysia) dan terus menuju ke Bashi Channel iaitu pemisah antara Taiwan dan Filipina. Tiupan angin dilaporkan selaju 126 kilometer sejam, menurun daripada 155 kilometer sejam semalam.
"Ekoran kekuatan Parma yang berkurangan, ia mungkin menyebabkan lebih banyak berlakunya hujan lebat di negara ini terutamanya di bahagian timur," kata seorang pegawai Biro Pusat Kaji Cuaca, Hsieh Ming-chang. - AFP

No comments:

Post a Comment