Sunday, October 4, 2009

Tragedi Bencana Alam



RUNTUHAN tanah membentuk cerun akibat gempa yang kuat melanda di Padang, Sumatera, Rabu lalu.

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 5.16 petang, 30 September lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung terbabit yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid yang menjadi struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan tanah gelungsur (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Menangani Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya yang dipetik detikcom, semalam.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mayat mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian sama apabila kebanyakan mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian selepas alat komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.

Di Kota Padang, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa, termasuk tentera di beberapa hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai 'menyengat' hidung.

oleh : Syazwana

http://www.bharian.com.my
04 oktober 2009

No comments:

Post a Comment