Monday, August 31, 2009

Sambutan Kemerdekaan ke-52

0leh : Roshaslindah Abd Rashid

Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara peringkat nasional hari ini tidak kurang dan tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya.

Bertemakan ''1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'', perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali di dalam sejarah sambutannya diadakan di Dataran Parlimen, yang menjadi simbol demokrasi berparlimen di negara ini

Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar dari negara luar dalam upacara penuh adat istiadat, hari ini diwarnai dengan persembahan peserta yang berpakaian warna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak di dalam uniform masing-masing.

Perhimpunan perbarisan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tepat jam 8 pagi.

Kira-kira 10 minit sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman tiba d
perkarangan Parlimen. -Bernama

No comments:

Post a Comment