Monday, August 31, 2009

Ramadhan Menguji Umat Islam..

oleh : Roshaslindah Abd Rashid

Kesabaran adalah penting dalam menjalani ibadah puasa..
Di bulan inilah kita harus mencari keredhaan dan keberkatan-Nya..

Puasa bukanlah ibadah yang membebankan..
Kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran..

Dikala kita sibuk menyiapkan persiapan untuk bersahur, berbuka dan menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelma..
Ada insan lain yang bersedih hati..

Menjalani ibadah puasa dan berbuka hanya berbekalkan juadah ubi kayu tidak mencukupi buat sesetengah individu...
Namun, itulah yang dihadapai oleh keluarga Jumak Sinari yang menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu..

Berikut merupakan sedikit petikan yang diambil dari berita Harian Metro untuk tatapan kita bersama..


“Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu.

Saban hari, dia bersama isteri, Salbiah Md Jamil, 49, dan tiga anak yang kini menumpang di sebidang tanah berhampiran Taman Rekamas di sini, hanya mampu makan nasi dicampur ubi kayu termasuk untuk berbuka puasa dan menyambut Aidilfitri.

Menu mereka hanya berubah jika ada insan prihatin memberikan beras dan lauk.

Jumak berkata, kedaifannya bukan saja menyebabkan dia tidak mampu menyediakan bekalan elektrik dan air, malah tiga anaknya kini tidak bersekolah.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan, tapi secara tiba-tiba kaki kanan sakit hingga akhirnya tidak boleh memakai kasut sejak empat tahun lalu.

“Apabila hanya memakai selipar, majikan mengenakan pelbagai tindakan hingga saya dibuang kerja dan sejak itu hidup kami sekeluarga terumbang-ambing,” katanya.

Salbiah pula berkata, dia pernah ke beberapa agensi kerajaan lain untuk mendapatkan bantuan, namun permohonannya tidak dilayan.

“Saya tak sekolah tinggi, jadi saya tidak tahu macam mana cara nak dapatkan bantuan.

“Hanya baru-baru ini, saya diberitahu boleh mohon bantuan Baitulmal atau JKM tapi tak tahu caranya.

“Sebelum ini saya pernah ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mohon bantuan tapi saya bukan dibantu tetapi dimarah.

“Berikutan itu, saya berharap sangat pihak yang mempunyai peruntukan dapat membantu kami. Berilah peluang kepada kami meraikan Aidilfitri kali ini seperti orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment